`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 17, 2022

Kerjasama PN-Pejuang perlu dibincang pada mesyuarat tertinggi, kata Hamzah

 

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata, keputusan untuk bekerjasama dengan Pejuang pada PRU15 bukan semudah itu untuk dibuat.

PUTRAJAYA: Sebarang bentuk kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dengan parti lain, termasuk Pejuang, perlu dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi gabungan itu, kata Hamzah Zainudin.

Hamzah, setiausaha agung gabungan itu berkata, keputusan kerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan semudah itu untuk dibuat.

“Jika Bersatu kata sedia, bermakna perlu dibawa ke mesyuarat tertinggi, kemudian kena bincangkan bersama dalam gabungan parti PN.

“Bukan mudah setuju (setakat) kata boleh. Kita ada rakan-rakan dalam gabungan,” katanya pada sidang media di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.

Minggu lepas, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau sedia mempertimbangkan kerjasama dengan Pejuang menjelang PRU15 jika parti itu serius.

Beliau kemudian berkata akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu

Dalam pada itu, Hamzah berkata hari ini, pembahagian kerusi dalam PN masih belum dimuktamadkan.

“Kita perlu tengok secara menyeluruh,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.