`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 16, 2022

‘Saya dah nampak pintu keluar’, Latiff sedia beri laluan di Mersing

 

Pada PRU 2018 Abd Latiff Ahmad yang bertanding atas tiket BN memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan 19,806 undi menewaskan dua pencabarnya daripada PAS dan PKR.

PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Mersing Abd Latiff Ahmad sedia berundur untuk memberi laluan kepada calon lebih “bertenaga” mewakili Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, dirinya tiada masalah jika tidak dicalonkan dan sedia melabuhkan tirai perkhidmatan sebagai wakil rakyat selama 35 tahun selain memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan persekutuan.

Katanya, tidak timbul isu beliau takut berdepan kekalahan pada PRU15 dan menjelaskan Parlimen Mersing mempunyai ramai bakat baharu.

“Dah lama saya bersedia (untuk) berundur. Tak ada hal kalau tak dicalonkan, saya sudah sampai kepada klimaks.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pemimpin ini salah satu sama ada dia sudah nampak ‘exit door’ (pintu keluar), dia pergi atau orang tunjuk ‘exit door’. Biar saya pergi dan nampak ‘exit door,” katanya menurut Berita Harian.

Pada pilihan raya umum 2018, Latiff yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan memperoleh 19,806 undi, menewaskan dua pencabarnya daripada PAS dan PKR.

Namun, beliau keluar Umno pada Disember 2018 sebelum menyertai Bersatu pada Februari 2019.

Beliau dilantik menteri pembangunan luar bandar di era pentadbiran Muhyiddin Yassin dan menteri tugas-tugas khas dalam Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.