`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 16, 2022

Isu cikgu Fadli, PM harap keputusan menang-menang dicapai

 

Tangkap layar surat berhubung tindakan tatatertib dikeluarkan terhadap guru matematik Mohd Fadli Salleh. (Gambar Facebook Cikgu Fadli)

BERA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam isu melibatkan guru Mohd Fadli Mohamed Salleh dengan Kementerian Pendidikan, yang tular di media sosial Facebook sejak semalam.

Beliau berkata dimaklumkan mengenai kejadian itu pagi tadi dan telah berhubung dengan Ketua Pengarah Pendidikan Pkhairuddin Ghazali petang ini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut.

Jawatankuasa disiplin kementerian juga, menurut Ismail akan bersidang esok, berhubung isu tersebut yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Yusran Shah Mohd Yusof.

“Surat tunjuk sebab adalah perkara biasa dalam jabatan kerajaan, namun saya berharap keputusan positif akan dicapai pada mesyuarat esok. Insya-Allah apa yang digambarkan dalam surat itu atau di media sosial seperti akan dipecat, diturunkan pangkat dan sebagainya tidak akan berlaku.

Pihak kementerian tidak boleh melepaskan kakitangan yang mengeluarkan komen (di media sosial) namun dalam masa sama, hukuman yang terlalu keras kepada pegawai dan kakitangan juga tidak wajar, selain pegawai dan kakitangan juga perlu menghormati kementerian,” katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera di Dewan Kompleks Umno Bera.

Beliau juga berpandangan kementerian dalam menjaga integriti mereka, perlu mendengar pandangan bukan hanya daripada guru, tetapi masyarakat dan berdasarkan reaksi yang diterima selepas isu tersebut tular, ramai yang memberikan maklum balas negatif.

Semalam, Fadli guru matematik di sebuah sekolah rendah di Gombak menerusi Facebooknya mendakwa beliau akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau turut menyatakan bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Bagaimanapun, menurut surat yang dimuat naiknya, Fadli diberikan tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan untuk mengemukakan representasi kepada pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan untuk membela diri.

Hari ini, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin dilaporkan menyatakan kesediaan untuk berjumpa guru tersebut menerusi hantaran di Facebooknya. Fadli juga menerusi status terbarunya di akaun media sosial menyatakan akan berjumpa Radzi suatu hari nanti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.