`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2022

Umno Selangor yakin menang lawan PH, PN, kata Noh

 

Umno Selangor yakin dapat menumpaskan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam saingan tiga penjuru di negeri itu. (Gambar Bernama)

TANJUNG KARANG: Umno Selangor menerusi Barisan Nasional (BN) yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional di negeri itu pada PRU15.

Ketuanya Noh Omar berkata walaupun Selangor memberi cabaran kepada parti itu untuk mencapai kemenangan memandangkan jumlah pengundinya yang ramai, namun beliau yakin Umno menerusi BN dapat memenangi lebih kerusi berbanding yang dimenangi parti itu pada PRU14.

“Saya tidak perlu umumlah (berapa kerusi dijangka menang), tapi lebih daripada PRU14,” katanya kepada media pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjung Karang.

Noh juga meluahkan rasa kecewa dengan keputusan PAS untuk menguburkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN), sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan PN.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

“Bayangkan kalau kami boleh bersama, saya yakin kekuatan kami. Kami sentiasa mahukan penyatuan ummah, tetapi apa yang berlaku memaksa kami untuk bergerak solo,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan Khamis, membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15.

Keputusan PAS itu sekali gus melanggar syarat ditetapkan Umno iaitu parti tersebut perlu meninggalkan Bersatu jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.