`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 24, 2022

Ahli Umno lapor polis surat Zahid sokong Anwar jadi PM

 

Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Aziz berkata surat itu patut disiasat kerana cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kesahihan kandungan surat yang mendakwa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.

Beliau berkata surat itu yang tular hari ini didakwa daripada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Surat bertarikh 22 Nov 2022 menggunakan kepala surat BN itu turut didakwa ditandatangani Zahid.

“Memang patut surat itu disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini, hari ini.

Faisal berkata surat yang kononnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong itu susulan hasil keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun, ahli Dewan Tertinggi BN termasuk Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa ada sokongan terhadap mana-mana pihak.

“Tiada sebarang keputusan yang berubah selain keputusan menjadi pihak yang berkecuali,” katanya.

Faisal berkata Zahid mesti bertanggungjawab atas kandungan surat itu yang jelas telah membelakangi bukan sahaja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

Ditanya sama ada aduan dibuat kepada MKT berhubung surat itu, Faisal berkata beliau berharap MKT dapat mengusulkan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Zahid kerana melanggar serta membelakangkan keputusan parti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.