PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS “hairan” dengan alasan penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawawi yang mendakwa dirinya bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) kerana ingin menebus maruahnya selepas teruk difitnah.
Takiyuddin Hassan berkata, isu peribadi melanda bekas wakil rakyat PAS itu sebelum ini telah selesai selepas beliau memberikan alasan bertulis dan tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadapnya.
“Apabila dia bertanding dan sebut tujuannya untuk menebus maruah, saya tak fahamlah macam mana dia nak tebus maruah kerana biasanya orang nak tebus maruah ni bawa kes ke mahkamah atau mana-mana,” katanya menurut Berita Harian.
Hari ini, Che Abdullah menjelaskan tindakannya bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bertujuan menebus maruah selepas teruk difitnah.
Sebelum ini, beliau mendakwa difitnah tanpa diberi ruang dan peluang oleh PAS untuk mempertahankan diri sehingga tidak dicalonkan di kerusi Parlimen itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.