`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 4, 2022

Tanding PRU15, MB dan 2 exco Selangor cuti daripada tugasan rasmi

 

Antara exco terlibat PRU15 adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari selaku calon Parlimen Gombak, Rodziah Ismail (Parlimen Ampang) dan V Ganabatirau (Parlimen Klang).

PETALING JAYA: Exco Selangor yang terlibat sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan bercuti daripada tugasan rasmi atas kapasiti masing-masing mulai hari penamaan calon esok hingga 19 Nov.

Antara exco terlibat pada PRU15 adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari selaku calon Parlimen Gombak, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (Parlimen Ampang) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau (Parlimen Klang).

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan dibuat ketika sidang mesyuarat pada Rabu lalu itu dipersetujui bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh PRU15 berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRU15 pada 15 Nov manakala hari pengundian 19 Nov. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.