`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 3, 2023

Gedung Jakel terbakar lagi

 

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung satu lagi kejadian kebakaran di gedung Jakel Shah Alam tengah malam tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Cawangan gedung tekstil terkemuka Jakel Shah Alam terbakar sekali lagi, selepas hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian serupa Ahad lepas.

Kali ini, kebakaran membabitkan bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30×40 kaki persegi di tingkat tiga, menurut Astro Awani.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah malam tadi, seramai 43 pegawai dan anggota dari enam balai bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian di Seksyen 7.

Api berjaya dikawal pada 1.45 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 3.07 pagi, dan tiada mangsa terbabit, katanya.

Ahad lepas, cawangan gedung yang sama dilaporkan musnah 80% dalam satu kejadian kebakaran.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Kerugian awal dianggarkan hampir RM100 juta, menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Mohamed Faroz Mohamed Jakel. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.