`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 31, 2023

Tebang pokok mangga guru, MPK diarah bayar ganti rugi RM40,000

 

Majistret mendapati Majlis Perbandaran Kemaman dan seorang kakitangannya bersalah kerana menceroboh rumah plaintif untuk menebang pokok mangga tanpa pengetahuannya.

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kemaman mengarahkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan seorang kakitangannya membayar ganti rugi RM40,000 kepada seorang guru kerana menceroboh serta menebang pokok mangga plaintif tanpa pengetahuannya lima tahun lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, guru terbabit menamakan MPK sebagai defendan pertama dan kakitangannya, Kamsiah Mohd yang juga jiran plaintif sebagai defendan kedua.

Majistret Wan Suhaila Mohd yang membuat keputusan itu selepas mendapati Unit Tindakan Khas (UTK) MPK menceroboh kawasan rumah plaintif.

Kakitangan MPK itu didakwa menceroboh kawasan rumah plaintif menggunakan “skylift” dan kren, sebelum menebang pokok mangga dalam kawasan pagar rumah guru itu di Kampung Mak Chili Paya pada 11 Mac 2018. Ketika kejadian, plaintif tiada di rumah.

Arahan penebangan pokok mangga itu didakwa diberikan Kamsiah yang bertugas di Bahagian Teknologi Maklumat MPK.

Mahkamah mendapati defendan kedua bersalah kerana memberi arahan penebangan pokok yang salah kepada UTK dan MPK juga bertanggungjawab terhadap pencerobohan itu.

Wan Suhaila mengarahkan defendan membayar ganti rugi am RM1,304; ganti rugi teladan RM10,000 (setiap defendan); ganti rugi teruk RM5,000 (setiap defendan); kos guaman RM4,000 (setiap defendan) dan faedah 5% setahun atas ganti rugi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.