`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 31, 2023

Curi bas sekolah nak balik kampung, penganggur ditahan

 

Bas sekolah dipandu suspek terbabas di bahu jalan sekali gus menyebabkannya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang penganggur sanggup melarikan sebuah bas sekolah semata-mata mahu pulang ke kampung dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), semalam.

Bagaimanapun suspek dicekup polis pada 5.45 petang selepas bas dipandunya itu terbabas.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata sehari sebelum kejadian bas sekolah itu diletakkan di sebuah stesen minyak di Kampung Musai oleh pemiliknya berusia 68 tahun.

Beliau berkata, bagaimanapun sekitar 5.30 petang semalam, warga emas itu melihat basnya bergerak keluar tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka adiknya memandu.

“Tidak lama selepas itu, dia dihubungi oleh anaknya yang memaklumkan ada orang mencuri bas miliknya itu dan melarikan diri ke arah Lebuh AMJ Melaka Sentral.

“Dia kemudian bergegas keluar dan mengikut dari arah belakang sebelum bas terbabit tiba-tiba terbabas ke bahu jalan berhampiran Taman Malinja sebelum menahan lelaki itu dengan bantuan orang awam,” katanya menurut Harian Metro.

Christopher berkata, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia hendak balik ke kampung di Kapar, Selangor, dengan memandu bas sekolah itu.

Katanya, suspek dikenal pasti mempunyai satu rekod lampau dalam kes melarikan kenderaan pada 2013.

Beliau berkata, suspek itu direman tiga hari sehingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.