`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 31, 2023

Kes bunuh pemandu e-panggilan disyaki bermotif cemburu, kata polis

 

Idris Abdullah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis sempena perhimpunan bulanan IPK Sabah hari ini.

KOTA KINABALU: Kes pembunuhan seorang lelaki di Tawau yang dikaitkan dengan penahanan lapan pegawai dan anggota Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dipercayai bermotifkan cemburu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah berkata, tiga orang awam turut ditahan untuk membantu siasatan bagi mengumpulkan bukti.

“Seorang wanita, iaitu orang awam sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

“Berdasarkan bukti dan keterangan yang ada selepas ini, kita akan rujuk semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan seterusnya,” katanya selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Idris berkata, kes ini lebih bersifat peribadi dan wanita yang dihadapkan ke mahkamah semalam adalah isteri si mati.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes ini.

Dalam kejadian 13 Jan lalu, seorang pemandu e-panggilan ditemui mati di sebuah ladang sawit dekat Maktab Rendah Sains Mara di Batu 5, Tawau.

Susulan itu, beberapa individu ditahan, termasuk lapan pegawai dan anggota ESSCOM bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.