`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 25, 2023

GST mungkin selamatkan Malaysia daripada beban hutang RM1.5 trilion

 

GST dimansuhkan serta merta oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran pada 2018.(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kontroversi kekal sebagai pilihan terbaik untuk meluaskan asas cukai bagi mengurangkan kejatuhan hasil kerajaan serta hutang negara yang kini mencecah RM1.5 trilion, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli, berkata walaupun terdapat kelemahannya, GST adalah sistem yang lebih mantap untuk cukai tidak langsung berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa.

“Ideanya bukan untuk mempunyai sistem yang sempurna, tetapi untuk menambah baik, menerima pakai dan menyesuaikan sistem GST sedia ada,” katanya sambil menambah keberkesanannya juga bergantung kepada reka bentuk cukai.

GST dilaksanakan pada 1 April 2015 oleh kerajaan Najib Razak dan ia merangkumi keperluan harian, seperti makanan segar dan utiliti. Kastam mengutip RM41.2 bilion pada 2016, dan RM44.3 bilion pada 2017.

Firdaos Rosli.

Bagaimanapun, ia seperti beban kepada kerajaan Najib apabila Pakatan Harapan mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai, menyebabkan Barisan Nasional tewas pada pilihan raya umum 2018.

Kerajaan baru PH memansuhkan GST serta merta pada Jun tahun itu, menggantikannya dengan SST.

Dilema Anwar

Kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada dalam situasi sukar untuk membuat keputusan.

Beliau mendedahkan pada 17 Jan bahawa hutang negara termasuk liabiliti, telah mencecah RM1.5 trilion. Jika liabiliti dimasukkan, jumlahnya melebihi 80% daripada KDNK keluaran dalam negara kasar negara.

Beliau mengakui isu itu harus “diatasi dengan segera” dan menunjukkan angka itu mencadangkan bajet defisit Malaysia akan mengatasi unjuran awal 5.8% daripada KDNK untuk 2022.

Masalah utama kerajaan ialah ia membelanjakan lebih banyak daripada kutipan sumber pendapatannya. Dalam bajet 2023 yang dicadangkan dan dibentangkan oleh kerajaan terdahulu, hasil cukai diunjurkan RM171.34 bilion dan perbelanjaan mengurus RM233.5 bilion.

“GST mungkin tidak diperkenalkan tahun ini, tetapi kami menjangkakan kerajaan akan memberikan beberapa petunjuk ke mana arahnya,” kata Firdaos pada taklimat media.

Beliau berkata, masih terdapat ruang untuk memperkenalkan semula GST, serta menetapkan kadar permulaan yang rendah (2%-3%) dan bukannya kembali serta-merta kepada kadar 6% yang dikenakan sebelum ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.