PETALING JAYA: Laman Instagram penyanyi Taiwan Jay Chou menjadi sasaran warganet Malaysia yang tidak berpuas hati pemasangan struktur pentas konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil menyebabkan ramai peminat bola sepak tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala AFF esok.
Perlawanan separuh akhir pertama itu membabitkan Harimau Malaya menentang Thailand.
Semakan mendapati ada antara mereka yang mengeluarkan komen tidak senonoh dan rasis sehingga terdapat warganet lain mengingatkan pengguna media sosial supaya menggunakan bahasa lebih sopan.
“Tolong maafkan mereka yang komen toksik, mereka lupa asas budi bahasa. Tolong jangan benci Malaysia kerana mereka tak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia,” kata elieynz.
Chou sebelum itu memuat naik gambar pemandangan pantai yang mengundang lebih 2,000 komen, rata-ratanya daripada rakyat Malaysia.
Menerusi komen tersiar, terdapat warganet yang menggesa konsert jelajah dunia itu dibatalkan supaya 21,000 kerusi terpaksa dikosongkan dapat diberikan kepada penonton.
“Batalkan konsert di Malaysia, jangan buat rakyat Malaysia marah, kami nak tengok perlawanan bola. Harap kamu faham dan beri kerjasama,” kata Fareez_991.
Individu bernama f3zzly pula meminta Chou membuat persembahan di stadium lain.
“Mat, buat konsert di tempat lainlah, stadium Shah Alam kosong tu,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.