`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 6, 2023

Menteri tak boleh salah guna kuasa, Hannah minta Wan Fayhsal periksa fakta

 

Hannah Yeoh berkata kuasa menteri tidak boleh disalahgunakan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal perlu memeriksa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan politik.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digesa supaya “rajin” memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan politik berhubung penganjuran konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang dijadual berlangsung 15 Jan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata demikian selepas Wan Fayhsal menggesanya menggunakan kuasa untuk “mengorbankan” konsert itu bagi membolehkan Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sepenuhnya untuk perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Sabtu ini.

“Kuasa menteri itu tak boleh disalahgunakan,” tegas Yeoh sambil menambah ia merupakan konsert jelajah dunia serta 45,000 tiket sudah dijual.

Yeoh turut berkata, Axiata Arena hanya boleh memuatkan 13,000 penonton.

Terdahulu Wan Fayhsal berkata, pada separuh akhir Piala AFF 2018, seramai 87,545 penyokong hadir menyaksikan perlawanan berbanding kali ini apabila sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan berikutan kerja pemasangan struktur pentas konsert Jay Chou.

Ahli Parlimen Tanah Merah itu turut mempersoalkan mengapa penganjuran konsert hiburan begitu penting berbanding maruah sukan negara dan kemahuan penyokong Harimau Malaya.

“Di saat kita ingin pupuk perpaduan dan patriotisme negara melalui sukan khususnya bola sepak, boleh pula diberi alasan sebegitu,” kata Wan Fayhsal.

Semalam, Yeoh menjelaskan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa itu.

Yeoh berkata, pemasangan struktur pentas di lokasi konsert itu ditempah awal pihak penganjur sejak Mac 2019 dan dan mustahil untuk mengubah situasi berkenaan memandangkan ia turut melibatkan jumlah kru yang ramai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.