`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 5, 2023

Political Gimmicks / Politik Gimik

 Telor ayam RM1.39 sebiji ada dijual !!

Telor 41 sen 'kejap ada kejap habis'

 

1. Potong Gaji Menteri 20%

Tetapi elaun Menteri tak potong. Pelbagai elaun berpuluh ribu SEBULAN tak potong.

Pencen ex-Menteri pun tak potong.  Tak payah abolish - siapa suruh abolish? Tapi pencen ex-Menteri boleh di potong. Potonglah 20% sekali. 

Duit rakyat juga.

Gaji CEO GLC berjuta Ringgit pun tak potong. Gaji chairman dan ahli Board of Directors GLC pun tak potong. Berpuluh ribu atau beratus ribu juga. Duit rakyat juga. 

 

2. Apa sumbangan mereka? 

Quality of Services di banyak hospital Kerajaan merosot. Sekarang Klinik Kesihatan kata tak boleh 'walk in' untuk jumpa doctor kecuali kecemasan. Pesakit mesti buat appointment online baru dibenarkan masuk Klinik Kesihatan. Ini style apa pula?

Apa Menteri Kesihatan buat?

Ekonomi merosot. Kos Sara Hidup naik lagi.


 

Telor ayam 41 sen tak ada stok lagi. Atau cepat habis. 

Yang ada telor ayam RM13.90 bagi 10 biji.  

Atau RM1.39 sen sebiji!!

Menteri telor ayam buat apa? 

Apa sumbangan mereka?

 

3. Najib umum ECRL RM60 Billion. Muhyiddin sign kontrak ECRL RM55 Billion. Sekarang ECRL sudah bertambah kos jadi RM75 Billion pula!

Itu bukan penjimatan. Itu penambahan sebanyak RM20 Billion. (RM75b - RM55b = RM20b).

Soalan cepu mas : Bagaimana pula projek ECRL yang sudah pun bermula sejak DUA TAHUN dan sudah 30% siap dengan sign contract pada harga RM55 Billion TIBA-TIBA boleh naik menjadi RM75 BILLION?  What kind of contract is that?

Itu bukan penjimatan. Itu adalah penambahan. Tambah RM20 Billion. Gimik apa ini?

 

4. Batal Sambutan Tahun Baru.

Ok no big deal. Tetapi berapa puluh juta Ringgit yang terjimat daripada membatal Sambutan Tahun Baru?  Ataupun gimik saja.

Soalan cepu mas . .. habis Tahun Baru Muharram akan datang (Julai 2023) macam mana? Batal atau tak batal? Sambutan Muharram belanja besar juga.

 

5. Apa sudah jadi 'gimik' jawatankuasa Kos Sara Hidup?

i. KSN diberi marching orders siapkan comprehensive plan mengatasi Kos Sara Hidup dalam tempoh dua minggu. Sekarang sudah dua bulan. Mana plan?

ii. NACCOL ditugaskan kaji cara kawal kos Sara Hidup. Kos Sara Hidup makin tinggi.

iii. Nama Kementerian pun ditukar jadi Kementerian Kos Sara Hidup. Gimik lagi. Tapi kos sara hidup makin tinggi.  

iv. Wak Jahid kata dia pula di suruh buat jawatankuasa khas mengkaji Kos Sara Hidup lagi. 

EMPAT jabatan, kementerian, jawatankuasa berasingan diheboh-heboh untuk mengkaji / mengurus Kos Sara Hidup. kOS SARA HIDUP TIDAK MENURUN PUN. Its just a gimmick. 

 

6. Nak kurangkan Kos Sara Hidup tapi tarif letrik naik gila. Gaji Minima naik lagi. TIADA POTONGAN TARIF LETRIK UNTUK PENGGUNA DI RUMAH.

Pelbagai persatuan peniaga dan industri tulis surat terbuka mengadu kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan tarif letrik 20 sen setiap kWh (kilo Watt hour) mulai Januari 20 sen.

Kilang, industri dan peniaga akan terpaksa naikkan harga jualan produk mereka untuk cover balik kenaikan tarif letrik 20 sen kWh.  Rakyat akan suffer inflation lagi.

Industri SME mengadu tidak mampu bayar Gaji Minima RM1,500 sebulan. Maka SME kurang daripada lima pekerja diberi tempoh hingga Julai 2023 untuk menepati Gaji Minima RM1,500 sebulan. 

SME pun akan terpaksa naikkan harga jualan produk mereka untuk cover balik kenaikan kos Gaji Minima. Kos Sara hidup akan naik lagi.  Rakyat akan suffer inflation lagi.

TARIF LETRIK BAGI PENGGUNA DI RUMAH PULA TIDAK ADA POTONGAN. TIDAK ADA PENGURANGAN KOS SARA HIDUP BAGI RAKYAT.

SYARIKAT API MONOPOLI PULA BUAT UNTUNG LEBIH RM3 BILLION !! CEO SYARIKAT API MONOPOLI DAPAT GAJI BERJUTA SETAHUN !!

Buat dasar ke atau buat gimik cari publisiti?


7. Di sebut bahawa taukeh MONOPOLI BERAS akan bayar RM60 Juta 'pampasan' kepada pesawah.

Taukeh MONOPOLI BERAS akan bayar RM10 juta pada Disember 2022. Sekarang sudah Januari 2023. Jadi duit RM10 Juta bulan Disember dia sudah bayar ke belum?

Dalam negara kita ada 300,000 pesawah. Makna kata setiap seorang pesawah akan dapat RM10 Juta / 300,000 = RM33.33 sen. 

Boleh makan sekali di KFC kut.  Ini hanya gimik.

Step 1 : Sudah ke taukeh MONOPOLI BERAS bayar RM10 Juta untuk bulan Disember 2022?

Step 2 : Kalau taukeh MONOPOLI BERAS sudah bayar apakah duit RM10 Juta itu sudah di AGIH-AGIH  kepada 300,000 pesawah dalam negara kita? Dari Perlis sampailah ke Sabah - sebab di Sabah dan Sarawak pun ada orang tanam padi.

Ataupun semua ini hanya gimik juga? Sebab MONOPOLI BERAS itu masih kekal. 

Kalau Cina buat monopoli geng dangdut semua marah.

Kalau orang kita buat monopoli ok kah?

Ini kepala hotak style apa?

BOTTOM LINE, PENDEK KATA, WA AKHIRUL KALAM rakyat marhaen hidup susah juga. 

Rakyat marhaen terpaksa bayar harga tinggi untuk barang dapur, untuk kereta ketot, untuk sara hidup. 

Depa pula seronok buat gimik. Politik gimik. Gimmick politics.

Sila lihat sekali :    Permadu Malaysia - Rakyat belum terima isyarat reformasi.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.