`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 10, 2023

Pulau Khurafat Dan Berbikini Di Darul Entah .. . .

 

'Makam keramat' Pulau Besar diruntuhkan

Published:  May 14, 2001
Updated: Jan 29, 2008 

  • makam 'keramat' di Pulau Besar diruntuhkan oleh Majlis Agama 
  • pecah batu nisan putera raja keturunan India kerana upacara khurafat 
  • kebanyakannya India Muslim memuja makam (keramat) itu
  • 1991 tujuh makam digali, sebuah kubur mempunyai rangka manusia
  • makam terkenal Sultan Ariffin di pinggir pantai pulau itu
  • barang pemujaan seperti lilin, setanggi, colok dan kain kuning.
  • tikar dan tasbih untuk memohon hajat
 


Poster Bahaya Khurafat dapat dilihat di Pulau Besar
Sejarah Kubur Sultan Al-Ariffin
Sultan Al-Ariffin meninggal dunia pada 1503 di Pulau Besar.
sumbangannya mengembangkan Islam di Kepulauan Melayu
papan kenyataan memberi amaran tidak melakukan khurafat

 

My Comments : Sebagai bekas penduduk negeri Melaka (1974 - 1978) saya pernah melawat Pulau Besar beberapa kali. Kali terakhir pada awal 2000an. 

Yang saya faham kaum Tamil Islam (kaum saya) atau pun Indian Muslim biasa dengan menggunakan nama seperti 'Sultan'. Begitu juga orang Arab. Tidak bermaksud bahawa mereka keturunan raja mana-mana. 

Pulau Besar adalah warisan daripada kehadiran orang Tamil Islam yang sangat lama di Nusantara.  Contohnya  'Sultan Ariffin meninggal dunia pada 1503 di Pulau Besar'.

Orang Tamil Islam telah menjelajah dari Myanmar ke Indonesia dan bertapak di banyak tempat di rantau ini. Saya diberi faham pada abad ke-19 tok saya sendiri pernah pegang paspot Belanda yang dikeluarkan di Betawi (Batavia atau Jakarta).

Antara budaya lama (sekarang makin berubah) kaum Tamil Islam adalah mewujudkan dan melawati makam-makam keramat. Ataupun disebut dengan nama 'dargah'.

Etymology. Dargah is derived from a Persian word which literally means "portal" or "threshold." The Persian word is a composite of "dar (در)" meaning "door, gate" and "gah (گاه)" meaning "place".

Contohnya di Pulau Pinang masih terdapat beberapa keramat atau dargah yang dikunjungi kaum Tamil Islam yang sudah wujud sejak beratus tahun juga. Antara yang famous adalah Nagore Dhurgah Sheriff di Chulia Street. 'Keramat' ini telah dibina pada tahun awal 1800an (lebih 200 tahun dulu).

 


Dargah atau keramat ini telah dibina untuk mengingati "Syed Shahul Hamid, a 13th. century Muslim saint of Nagore, India".

Jadi dargah atau keramat yang semuanya berkait rapat dengan kaum Tamil Islam juga menjadi peninggalan sejarah yang menunjukkan kehadiran kaum Tamil Islam di negara kita yang agak lama juga. 

Tetapi ia tidak dapat menandingi usia Candi di Lembah Bujang, Kedah yang dibina hampir 2000 tahun dulu - peninggalan warisan Hindu yang sangat lama dan masih kekal di tanah Semenanjung dan di Nusantara.

Yang berikut pula juga berita lama. Berita wanita memakai baju mandi bikini.


 

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.