`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 4, 2023

Rimbawan penuhi gaya hidup masa kini

 

Rimbawan Rimbawan menyediakan kemewahan sambil menggabungkan elemen gaya hidup dan kehidupan praktikal.

Terletak dalam De Centrum City iaitu pembangunan matang dan bercampur seluas 100 ekar di selatan Kuala Lumpur, bakal dibangunkan projek Residency Rimbawan atau ringkasnya Rimbawan di 7.39 ekar tanah pegangan bebas.

Tidak terlalu jauh dari pusat bandar, kondominium mewah ini bakal dibina di persekitaran tenang dan semula jadi digabungkan elemen gaya hidup kontemporari termasuk reka bentuk untuk kehidupan pasca pandemik, memenuhi keperluan semua peringkat usia.

Rimbawan, dibangunkan pemaju De Centrum Land Sdn Bhd, rakan kepada syarikat senarai awam, Protasco Berhad yang akan menyediakan kemudahan untuk keselesaan penghuninya.

Kemudahan terbabit termasuk dewan serbaguna, bilik majlis, ruang tempat duduk luar dan meja makan, bilik bacaan, pergola dan pusat jagaan harian untuk memudahkan pasangan bekerja, ibu bapa tunggal atau keluarga menghantar anak atau orang tua masing-masing.

Peka dengan situasi semasa bahawa lebih ramai profesional bekerja dari rumah selepas pandemik, pemaju juga telah menggabungkan ruang kerja bersama sebagai sebahagian daripada kemudahan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi De Centrum Land Sdn Bhd BK Ong, kemudahan itu juga memanfaatkan penggunaan ruang Rimbawan dengan lebih berkesan selain menyediakan persekitaran aman untuk pekerja, eksekutif korporat dan usahawan.

De Centrum Land juga menyediakan kemudahan rekreasi untuk menggalakkan gaya hidup sihat seperti gimnasium, kolam renang besar, kolam khusus untuk kanak-kanak, jakuzi, gelanggang serbaguna dan taman permainan.

Di samping itu, ruang Escape Forest di Rimbawan turut menampilkan denai kecergasan dan landskap subur sesuai untuk semua lapisan umur berjoging, mendaki atau berjalan santai.

“Nama Rimbawan sebahagiannya berasal daripada perkataan ‘rimba’, yang bermaksud hutan, di mana seseorang boleh berehat, melepaskan lelah dan bertenaga semula.

“Kami cuba mengekalkan rumput, pokok kecil, tumbuhan flora dan hidupan liar di kawasan ini sebaik mungkin,” kata Ong.

Ruang Escape Forest di Rimbawan turut menampilkan denai kecergasan dan landskap subur sesuai untuk semua lapisan umur berjoging, mendaki atau berjalan santai.

Ong turut menekankan Rimbawan akan menjadi pembangunan berkepadatan rendah yang terdiri daripada 70 unit di setiap ekar.

“Ia merangkumi enam hingga lapan tujuh unit banglo dan susun atur reka bentuk rumah berkembar di empat blok bangunan 18 tingkat yang keseluruhannya berjumlah 517 unit, ia turut dilengkapi empat lif berkelajuan tinggi.”

Selain direka untuk tidak menghalang pemandangan persekitaran, kesemua unit di bangunan ini juga menggabungkan pengudaraan baik dan cukup pencahayaan semula jadi untuk persekitaran lebih sihat.

Memanfaatkan persekitaran aman, pengudaraan silang akan meningkatkan aliran udara dalam setiap rumah dengan penyediaan udara segar untuk ruang kediaman sihat.

Peredaran udara juga akan menjimatkan bil elektrik dan kos menyejukkan rumah kerana suhu dalaman diturunkan secara semula jadi dengan kemasukan udara lebih sejuk manakla udara panas dibawa keluar.

“Harga Rimbawan yang kawasan binaannya berkeluasan antara 891 kaki persegi hingga 1,361 kaki persegi akan ditetapkan pada harga sangat berpatutan sesuai dengan reka bentuk semewah itu.

Ads by Kiosked

“Dengan harga dan banyak kelebihan ditawarkan Rimbawan, nilai hartanahnya berpotensi untuk meningkat sama ada untuk tujuan menduduki sendiri atau pelaburan,” tambah Ong.

Pembeli juga akan disediakan pelbagai pilihan kerana setiap blok menawarkan susun atur dan reka bentuk berbeza.

Dilengkapi dengan empat bilik tidur dan lima bilik air, vila ini juga memiliki kolam renang, garaj dan taman persendirian serta empat tempat letak kereta.

Rimbawan juga akan menampilkan 13 vila eksklusif untuk komuniti eksklusif. Ia dilengkapi empat bilik tidur dan lima bilik mandi, kolam renang peribadi, garaj, taman dan empat ruang parkir.

Ruang khas untuk penghantaran seperti bungkusan dan makanan ini dibangunkan dengan mengambil kira situasi susulan pandemik bagi memastikan keselamatan penduduk.

Mengetengahkan ciri-ciri lain Rimbawan, Ong berkata selain menyediakan pintu masuk dan tempat menurunkan tetamu yang mewah,satu ruang khas turut disediakan untuk penghantaran perkhidmatan sama ada bungkusan, makanan atau minuman.

Ruang khas tersebut dibangunkan mengambil kira situasi susulan pandemik bagi memastikan keselamatan penduduk.

Perumahan itu juga dilengkapi sistem keselamatan menyeluruh seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menenangkan minda penghuninya.

Dilengkapi kemudahan di De Centrum City dan tarikan untuk seisi keluarga yang sudah terhidang. Rimbawan semestinya projek direka dengan baik khusus untuk golongan muda serta keluarga sedang berkembang.

Ia bakal menjadi tarikan terbaik untuk pelanggan yang bijak menilai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.