`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 14, 2023

Umno kembali ikut cara lama, kata Ku Li selepas ‘top 2’ tak dipertanding

 

Tengku Razaleigh Hamzah berkata ‘mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan’.

KUALA LUMPUR: Keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan menjadikan parti itu kembali mengikut cara lama, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang lebih dikenali Ku Li berkata, demokrasi dalam Umno tidak mati, sebaliknya beliau percaya parti itu sedang dikawal.

“Mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan… tetapi parti kita adakan atas prinsip demokrasi.

“Kalau nak orang baru mesti ada pertandingan supaya wujudkan pelapis,” katanya ketika ditemui pada PAU di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

PAU meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan menerusi pungutan suara dilakukan hari ini.

Ini bermakna jawatan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan timbalannya Mohamad Hasan tidak akan dipertandingkan, pada pemilihan yang perlu dibuat sebelum 19 Mei.

Pemilihan presiden dan timbalan presiden Umno menimbulkan polemik apabila pemimpin parti mempunyai pandangan berbeza sama ada ia perlu dipertandingkan atau tidak.

Ku Li yang juga ketua Umno Gua Musang berkata perkembangan itu juga mungkin menakutkan orang muda menyertai Umno kerana merasakan banyak sekatan menyebabkannya beralih ke parti lain.

“Ini menakutkan orang muda. Kita nak remajakan Umno kena bawa orang muda masuk… orang muda mesti bawa seberapa ramai masuk ikut dia.

“Tetapi ini hanya berlaku jika ada pertandingan. Kalau sekat sana, sini, (di luar) ada parti lain lagi,” kata ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu sebelum tewas pada PRU15 lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.