Pertemuan itu dijadualkan dalam lawatan khas Lawrence Wong ke Malaysia.

PETALING JAYA: Perdana menteri Malaysia dan Singapura dijadualkan bertemu esok, di mana isu berkepentingan bersama dijangka menjadi agenda.
Pertemuan itu dijadualkan dalam lawatan khas Lawrence Wong ke Malaysia, menurut kenyataan Wisma Putra.
Wong dan Anwar Ibrahim dijangka akan membincangkan kerjasama dua hala dan isu-isu berkepentingan bersama, termasuk hasil pemukiman pemimpin kedua-dua negara pada 4 Dis lalu.
Singapura merupakan rakan utama Malaysia dalam Asean, dengan hubungan erat dan meluas dalam pelbagai bidang.
Dari segi perdagangan dua hala, Singapura merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) bagi tahun 2025, meningkat 1.5% berbanding tahun 2024. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.