`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Saturday, April 25, 2026

KPD POLI-TIKUS MELAYU WHO HAVE NO NEW IDEAS SILA DENGAR PRESIDENT TRUMP

 Recently, not too long ago saya terdengar seorang wannabe perdana menteri dalam satu podcast ditanya soalan apa prioriti dia kalau dia jadi perdana menteri. Dia jawab prioriti dia yang pertama adalah untuk mengutip lebih banyak cukai daripada rakyat negara. Nauzubillah semoga Allah swt akan selamatkan semua penduduk negara kita daripada poli-tikus yang dunggu dan dangkal seperti itu. 

Dia sudah lupa bahawa parti dia mula hilang kuasa dulu sebab mereka suka sangat salahguna kuasa seolah kerajaan itu adalah family business mereka.   Duit rakyat atau dana awam boleh masuk dalam kocek sendiri. 

Berkaitan geng ini juga seorang ex-Cabinet minister pernah ceritakan kepada saya bagaimana pada zaman itu geng ini telah kutip banyak duit "political donations". Untuk digunakan sewaktu pilihanraya. Dalam negara kita ini kita tidak mempunyai sebarang undang-undang yang mengawal "political donations".  Maksudnya "political donations" itu bukan salah atau jenayah. Anytime sesiapa nak buat "donation" RM1 Juta atau RM50 juta kepada parti politik, go ahead. Perkara itu bukan salah dari segi undang-undang sebab kita memang tidak mempunyai undang-undang yang mengawal 'political donations'. 

Jadi geng itu pun terimalah bakul-bakul dan beg-beg di isi penuh dengan wang tunai daripada penyokong parti, kroni dan pengampu koporat untuk tujuan kempen pilihanraya. Tetapi mengikut sahabat saya the ex-Cabinet minister duit yang diterima itu (beratus juta Ringgit) telah "berjalan" pula - mungkin naik kapalterbang dan pergi entah ke mana.  Duit itu tidak sampai kepada akar umbi parti untuk digunakan dalam kempen pilihanraya.  Wa akhirul kalam, parti mereka ditendang keluar dan sampai hari ini parti mereka masih ditendang keluar.  Dan depa punya "the Second Coming of the Mahdi" atau 'Imam Mahdi Yang Bakal Menjelma Semula' mahu membebankan lagi rakyat marhaen dengan menambahkan lagi beban cukai ke atas orang.  Owa tana sayam! Repeat a few times - dengan cepat.  

Dalam video berikut dengarlah Presiden Trump membuat pengumuman menggoncang dunia di Amerika Syarikat berkenaan harga ubat-ubat farmasi. Presiden Trump mengumumkan bahawa harga ubat-ubatan di farmasi di Amerika Syarikat akan dikurangkan antara 50% sehigga 600% atau lebih. Dengar dulu video singkat ini. 



Kepada ahli-ahli politik Melayu (yang sekarang mengalami nasib 'Kick Them Out')


perhatikan bahawa pada hampir setiap hari Presiden Donald Trump dan team dia yang hebat memikirkan dan memperjuangkan kebajikan dan kebaikan rakyat marhaen atau rakyat biasa di Amerika Syarikat.  Dalam kes terbaru ini Presiden Trump telah berjaya kurangkan kos ubat-ubatan di farmasi antara 50% hingga lebih 600% daripada harga asal. So they care about their people.

Di negara kita pula saya jumpa doktor di hospital kerajaan (sebenarnya sebahagian daripada medical faculty sebuah universiti awam atau IPTA). Mereka menggelar diri mereka sebagai 'semi-private'. Di sebabkan mereka menggelar diri sebagai semi-private (separuh swasta)  hospital itu meminta bayaran untuk sebahagian ubat-ubat, peralatan rawatan dan juga ujian darah (blood test). 

Walaupun hospital itu ditubuhkan dengan guna duit kita (dana awam atau taxpayers money) dan gaji doktor serta gaji jururawat, bangunan hospital dan segala peralatannya dibayar oleh kita juga - dengan mengguna duit kita - tetapi saya kena bayar duit lagi. 

Sebagai contoh dulu saya diberi ubat mata "eye drops" secara percuma. 
Kemudian hospital itu suruh saya bayar RM28 bagi satu botol eye drops.
And then beberapa bulan lagi mereka suruh saya bayar RM50 bagi satu botol.
Sekarang pula (walaupun Ringgit Malaysia kukuh jadi RM3.96 vs US Dollar) harga eye drops saya itu telah naik jadi RM70 satu botol !!
Daripada bagi percuma naik jadi RM28 dan sekarang sudah jadi RM70 satu botol !!
President Trump where are you? 

Jadi inilah beza besar antara politik di Amerika Syarikat, terutama sekali antara politik Donald Trump dan politik poli-tikus Melayu kita.

Presiden Donald Trump dan team dia bekerja keras dan bersugguh-sungguh untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat Amerika. Setiap hari, hari-hari dan berhari-hari mereka memikirkan apakah cara paling baik untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka. 

Di negara kita pula poli-tikus yang tidak ada idea dan yang sudah mati akal cadangkan untuk menambahkan lagi beban cukai (tax burden) orang biasa. 

Di hospital kerajaan di Malaysia pula, yang dibayar dan dibiayai segala-galanya oleh rakyat negara dan dana awam saya terpaksa bayar RM70 bagi satu botol jecil ubat mata (saiz sebiji petai).

Blood test pula mereka 'outsource' kepada makmal swasta (yang sangat bertuah) pada harga RM120 - yang saya perlu bayar juga. Di hospital kerajaan lain blood test adalah percuma.

Tetapi dalam negara kita selalu ada udang-udang saiz gergasi disebalik setiap biji batu. 

Dulu sewaktu Covid ada pihak yang untung besar menjadi pembekal vaksin Covid.

Hari ini pun pasti ada pihak yang untung besar menjadi pembekal ubat-ubat kepada sistem kesihatan kerajaan.

Jadi soalan mudah kepada poli-tikus Melayu. Do you really care tak about nasib orang biasa?  Ataupun are you looking for your cut?  

Nak jadi kaya masuk parti depa.
Nak jadi miskin undi parti depa.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of  MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.