Syahruddin Awang Ahmad tidak menolak kemungknan tindakan itu berlaku disebabkan perbezaan visi serta hala tuju Umno di peringkat negeri.

Penganalisis politik berpendapat, langkah itu membawa mesej lebih besar berhubung hala tuju parti di negeri berkenaan selepas mencatat prestasi buruk pada PRN November tahun lalu menyaksikan hanya menang lima kerusi.
Penyelidik Geopolitik dan Elektoral Sabah (GeoPes), Syahruddin Awang Ahmad, tidak menolak kemungknan tindakan itu mungkin berlaku disebabkan perbezaan visi serta hala tuju Umno di peringkat negeri.
Beliau turut menyifatkan tindakan itu mungkin sebagai ‘amaran halus’ yang parti perlu melakukan reformasi lebih inklusif bagi mengelakkan kehilangan sokongan di kawasan luar bandar menjelang PRU16.
“Langkah melepaskan jawatan bahagian ini dilihat sebagai protes membina untuk mendesak parti menghargai pengalaman dan peranan beliau dalam merencana kebangkitan Umno di Sabah,” katanya kepada FMT.
Beliau menegaskan, tindakan itu bukan berpunca daripada sebarang masalah dalam Umno Sabah, sebaliknya memberi ruang kepada pemimpin baharu.
Syahrudin turut melihat langkah Rahman sebagai strategi penjenamaan semula politiknya yang dilihat kurang memuaskan dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutama selepas kalah di Parlimen Sepanggar pada PRU14.
“Dengan melepaskan jawatan peringkat bahagian, beliau boleh memberi tumpuan kepada dasar dan strategi di pusat tanpa terikat beban pentadbiran akar umbi,” katanya.
Sementara itu, Haryati Abdul Karim dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, Umno berdepan kerugian jika Rahman meninggalkan parti, memandangkan beliau mempunyai idea dan visi pembangunan untuk Sabah.
“Sabah memerlukan pemimpin yang jelas visinya dan Rahman mempunyai kelebihan itu. Kehilangan beliau akan memberi kesan kepada usaha mengukuhkan Umno di negeri ini,” katanya.
Kedudukan Rahman dalam Umno Sabah berdepan pasang surut sejak 2020 susulan perbezaan pendapat yang dilihat antaranya dengan ketua ketika itu, Bung Moktar Radin.
Pada 2024, mereka berbalas kenyataan susulan tindakan Rahman menjemput Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor ke perasmian mesyuarat Umno Tuaran oleh Presiden Zahid Hamidi.
Ketika itu, Umno dan GRS berseteru namun kedua-duanya kembali bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan Sabah pasca PRN pada November lalu.
Pada PRN itu, Rahman sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN) di DUN Tempasuk tetapi menarik diri selepas namanya diumumkan Bung.
Beliau memberi alasan kerana ingin memberi laluan kepada muka baharu serta anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti di DUN berkenaan.
Bung meninggal dunia pada 5 Dis tahun lalu dan tempatnya digantikan Adun Sukau Jafry Ariffin manakala Ahli MKT Mohd Hasnol Ayub menggantikan Rahman sebagai timbalan ketua Umno Sabah. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.