`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, April 15, 2026

Pemandu bas, wanita ‘diriba’ ditahan, polis mohon reman esok

 Ketua Polis Jasin Lee Robert berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

dating bawa bas
Tular video memaparkan kejadian seorang wanita diriba pemandu bas ekspres yang berlaku kira-kira 7.30 malam, Ahad lalu.
PETALING JAYA:
 Seorang pemandu bas ekspres dan wanita ditahan hari ini susulan video tular memaparkan wanita itu diriba ketika kenderaan sedang bergerak, dengan permohonan reman dijadualkan esok.

Ketua Polis Jasin Lee Robert berkata wanita berusia 21 tahun itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan kerana teruja dan minat untuk memandu bas, lapor Berita Harian.

Katanya, wanita dari Kedah yang bekerja sebagai kerani kaunter tiket bas itu hadir memberi keterangan bersama teman lelakinya, pemandu berusia 36 tahun dari Kuala Lumpur, di IPD Jasin.

“Kedua-duanya diambil keterangan kira-kira dua jam sebelum ditahan hari ini.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Jasin esok,” katanya yang menjelaskan siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pemandu yang mempunyai pengalaman 10 tahun itu memaklumkan kejadian berlaku beberapa minit sebelum memasuki laluan utama lebuh raya.

Video tular berdurasi lapan saat menunjukkan wanita itu diriba ketika bas dipandu ke susur masuk kawasan Rehat dan Rawat Bemban, arah selatan, kira-kira 7.30 malam Ahad lalu.

Ketika kejadian, bas ekspres itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Larkin, Johor Bahru. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.