`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, April 16, 2026

Polis kesan pemandu bas santai pandu sebelah tangan

 Siasatan awal dapati bas ekspres itu dalam perjalanan dari TBS, Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

Terdahulu tular video berdurasi 1.21 minit di laman sosial FB papar pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan berbahaya, dipercayai berada dalam keadaan tidak stabil.
PETALING JAYA:
 Polis sedang cuba mengesan seorang pemandu bas ekspres yang dirakam memandu secara berbahaya sehingga tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Alor Gajah Ahmad Abu Bakar berkata, pemandu terbabit dilihat memandu dalam keadaan menyandar ke belakang dan hanya menggunakan sebelah tangan untuk memandu pada waktu malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bas dengan nombor pendaftaran BSB 4999 itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Lokasi kejadian dipercayai berlaku di KM196.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, namun (kejadian) masih dalam siasatan lanjut,” katanya, lapor Berita Harian.

Sehubungan itu, pemandu terbabit diminta segera menyerah diri ke Balai Trafik IPD Alor Gajah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular video berdurasi 1.21 minit di laman sosial Facebook memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan berbahaya, dipercayai berada dalam keadaan tidak stabil.

Sementara itu, syarikat bas Billion Stars Express memaklumkan pihaknya telah menggantung tugas pemandu terbabit serta-merta selepas menerima aduan awam.

Katanya, pemandu itu telah diarahkan hadir ke pejabat untuk membantu siasatan dalaman dan menjalani ujian saringan keselamatan namun gagal memberikan kerjasama.

Syarikat itu turut memohon maaf atas kebimbangan yang timbul dan berikrar untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP), termasuk pemantauan lebih ketat dan latihan berterusan kepada kakitangan.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.