Pelantikannya berkuat kuasa esok, ganti Zainani Jusoh yang bersara wajib.

Menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), surat pelantikan Nasran disampaikan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya semalam.
Nasran memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau juga mempunyai keahlian profesional dalam The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA-CPA), Malaysian Institute of Accountants (MIA-CA) dan The Chartered Institute of Public Finance and Accountancy (CIPFA-CPFA), United Kingdom.
Nasran menyertai sektor awam pada 1994 sebagai penolong pengarah di Seksyen Piawaian Perakaunan JANM dan telah berkhidmat pada pelbagai peringkat kerajaan negeri serta persekutuan.
Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Bendahari Negeri Melaka serta di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan.
Menurut JANM, Nasran mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam, termasuk pengurusan akaun negeri, operasi perakaunan, pengurusan dana dan pengauditan, perakaunan forensik serta penyediaan penyata kewangan.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi JANM yang bertanggungjawab mengurus aliran tunai kerajaan serta menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dari 2023 hingga 2025.
Beliau turut menyumbang kepakaran dalam pembangunan Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf yang dibangunkan JANM. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.