`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, April 16, 2026

Pesakit dialisis mengaku amang seksual remaja di hospital

 Tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap remaja berusia 16 tahun di Kuala Pilah.

seremban court
Zulkefli Abdul Rani, 60, mengaku salah di Mahkamah Sesyen Seremban menyentuh dada remaja berkenaan yang juga pesakit di sebuah hospital di Kuala Pilah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Pesakit dialisis berusia 60 tahun mengaku salah di Mahkamah Sesyen Seremban kerana melakukan amang seksual ke atas seorang pesakit remaja di sebuah hospital di Kuala Pilah, Januari lalu.

Tertuduh, Zulkefli Abdul Rani, membuat pengakuan demikian di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun semasa kejadian dengan cara menyentuh payudara, lapor Sinar Harian.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 30 Jan lalu, sekitar 4 petang, di sebuah hospital di Kuala Pilah.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan.

Timbalan Pendakwa, Raya Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah memberikan tarikh bagi fakta dan hukuman, selain menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bercagar.

Tertuduh tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana sudah tidak bekerja, berkerusi roda, selain perlu menjalani dialisis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,500 dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi secara sendiri atau melalui pihak ketiga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.