`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Saturday, May 16, 2026

BAM sedia gantung pemain tiada disiplin

 Presiden Tengku Zafrul Aziz menekankan tahap disiplin tinggi pemain negara jika mahu bertanding sebarang kejohanan.

Tengku Zafrul Aziz
Presiden Tengku Zafrul Aziz, berkata isu disiplin bukan perkara baharu dan perlu diberi perhatian serius jika skuad negara mahu kembali bersaing di peringkat tertinggi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia menggantung pemain kebangsaan bertanding sebarang kejohanan jika mereka melanggar peraturan, kata Presiden Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, cadangan hukuman itu dibuat bagi memastikan pemain di bawah naungan badan induk memiliki tahap disiplin yang tinggi.

“Bagi mereka yang tidak memenuhi standard disiplin lebih tinggi yang kita telah cadangkan, mereka mungkin akan diambil tindakan disiplin sewajarnya.

“Ini termasuklah tidak membenarkan mereka bermain (dalam kejohanan tertentu),” katanya menurut Bernama selepas melancarkan dewan badminton Ampang Jaya Badminton Club (AJBC), di Kuala Lumpur.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Lee Chong Wei melahirkan kerisauan berkenaan masalah disiplin melibatkan pemain badminton negara.

Beliau berkata, isu disiplin bukan perkara baharu dan perlu diberi perhatian serius jika skuad negara mahu kembali bersaing di peringkat tertinggi.

Dalam pada itu, Zafrul berkata BAM ketika ini sudah menguatkuasakan beberapa peraturan baharu termasuk pemain yang belum berkahwin wajib menginap di asrama di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

“Satu daripada keputusan yang telah dibuat ialah untuk memastikan semua pemain kita termasuk pemain senior mestilah bersama-sama dengan pemain junior di asrama BAM kecuali mereka yang dah kahwin atau ada sebab tertentu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.