Agrobank sasar 1,000 usahawan tani terima manfaat pembiayaan mikro sehingga RM100,000 bagi setiap pelanggan.

KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik di Timur Tengah ketika ini memberi kesan berantai kepada ekonomi global khususnya sektor pertanian susulan kenaikan harga bahan api dan baja.
Walaupun bekalan makanan negara masih stabil, tekanan ini mungkin meningkatkan kos operasi dan menyumbang kepada kenaikan harga makanan, sekali gus menambah beban kewangan kepada golongan petani dan peniaga kecil tempatan.
Menyedari hakikat itu, Agrobank bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memperkenalkan Skim Usahawan Tani Agrobank x Fama sebagai usaha memastikan kelangsungan komuniti usahawan tani seluruh negara. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.