`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, June 25, 2026

Istiadat pelantikan Undang Luak Rembau ke-22 Sabtu ini

 Istiadat di Istana Besar Seri Menanti itu menjadi kemuncak proses adat mengikut amalan Adat Perpatih.

TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti, Sabtu ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau, Sabtu ini.

Perkara itu dizahirkan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz ketika menerima menghadap Dato’-Dato’ Adat Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti, hari ini, lapor Astro Awani.

Istiadat itu akan berlangsung pada 2 petang Sabtu di Istana Besar Seri Menanti.

“Saya difahamkan pemilihan penyandang Pesaka Dato’ Undang Luak Rembau telah dilaksanakan mengikut adat yang terpakai dan diamalkan dalam Luak Rembau.

“Saya ingin sampaikan titah perkenan Ayahanda saya Tuanku Muhriz yang berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli Bagi Menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau,” titah baginda.

Istiadat itu adalah kemuncak proses adat dalam pelantikan Undang Luak Rembau selaras dengan amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengerusi Kerapatan Buapak Lapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak, Juan Zulkipli Shamsudin berkata kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah sebulat suara memilih pesara guru Hassan Ab Hamid, 67, sebagai Undang Luak Rembau ke 22.

“Duli Yang Maha Mulia tidak memanggil, tidak memilih dan tidak melantik mana-mana pihak atas kehendak baginda sendiri dan sebarang kenyataan yang menggambarkan sebaliknya merupakan salah faham terhadap adat yang telah mengatur Negeri Sembilan sejak berkurun-kurun lamanya.

“Pihak kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah mengadakan kerapatan dan telah memilih di dalam kerapatan sebanyak dua kali Kampung Tanjung sebagai benih di mana akan zahirnya Undang Luak Rembau ke-22,” katanya seperti dilaporkan.

Pemilihan Undang Luak Rembau menjadi perhatian selepas penyandangnya, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman, 83, meninggal dunia akibat sakit tua pada 15 Mei 2024.

Pemilihan Undang di Negeri Sembilan dipilih daripada calon-calon daripada Suku Biduanda yang merupakan suku asal di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.