Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata siasatan dijalankan selepas bapa mangsa buat laporan polis.

Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata, bapa mangsa membuat laporan polis pada 20 Jun lalu selepas dimaklumkan mengenai video tular berkenaan, lapor Sinar Harian.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang pada 16 Jun lalu dan rakaman video tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial.
“Mangsa dan kedua-dua suspek merupakan kenalan sejak darjah satu serta menetap di kawasan perumahan yang berhampiran. Mereka juga belajar di sekolah dan kelas yang sama,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, salah seorang suspek bertindak memukul dan menendangnya kerana mendakwa mangsa mengganggu teman wanita suspek.
Syed Basri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang remaja lelaki menendang rakannya yang sedang duduk di kerusi menyebabkan mangsa rebah ke tanah sebelum menendang mangsa sekali lagi. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.