`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 14, 2017

BERUBAH ATAU TERUS LELAH?

KUALA LUMPUR, 24 April -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara, hari ini.?--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA?
Apa yang harus kita sedar, insaf dan faham betul-betul di bawah kepimpinan Najib Razak ini ialah persoalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan begitu banyak sekali diperkatakan berbanding era sebelumnya.
Dan sudah tentu isu berkaitan 1MDB, dana RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma dan wang RM42 juta daripada SRC International yang kononnya tidak disedari kemasukannya, adalah paling kerap sekali menjadi bahan bual bicara.
Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan itu tidak saja diperbualkan di kalangan masyarakat kita sendiri atau di peringkat antarabangsa, malah sehingga Sultan dan Raja pun turut memperkatakannya.
Yang Dipertuan Agong menzahirkan dukacita Baginda mengenai perkara itu ketika menyampaikan ucapan di mesyuarat pengal pertama Parlimen pada 6 Mac 2017 yang lalu.
Sebelum itu, Sultan Perak juga pernah meluahkan kebimbangan Baginda terhadap gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor menulis warkah terbuka yang antara lain menyebut, “Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana rasuah telah menjadi sebuah budaya” dan “Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.”
Pernahkah di mana-mana era kepimpinan sebelum ini di mana sampai tiga Sultan dan Raja pernah bangkit bersuara mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan?
Kenapa ia hanya berlaku di era Najib ini saja?
Sebagai payung kepada semua rakyat jelata, apakah kita harus bersikap “tidak apa” atau “biarkan saja” terhadap semua luahan dukacita oleh Sultan dan Raja itu?
Pilihan di tangan kita – ubah atau kita akan terus lelah?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.