`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 11, 2017

Arab Saudi tangkap ulama terkenal

Ia merupakan tangkapan kedua melibatkan tokoh agama negara itu, dan di sebalik desas desus Raja Salman mahu turun takhta.
Sheikh-Salman-al-AwdahDUBAI: Arab Saudi semalam menahan agamawan terkenal Sheikh Salman al-Awdah, menurut kiriman media sosial, dalam apa yang dilihat sebagai siri tindakan terhadap mereka yang mempersoalkan pemerintahan beraja mutlak di negara itu.
Salman, seorang ulama berpengaruh dengan 14 juta pengikut Twitter, pernah dipenjarakan pada 1994-1999 kerana menyokong perubahan politik, dan dipercayai ditangkap sekali lagi semalam.
Antara kiriman Twitter terakhirnya ialah mengalu-alukan usaha menyelesaikan pertikaian antara Qatar dan 4 negara Arab termasuk Arab Saudi.
“Semoga Allah menenangkan hati mereka demi kesejahteraan rakyat mereka,” kata Salman dalam kiriman Twitter selepas Putera Saudi, Mohammed bin Salman dilaporkan berbincang dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani mengenai cara menyelesaikan hubungan rengang di antara kedua-dua negara.
Bagaimanapun, harapan penyelesaian berkecai selepas Arab Saudi menggantung sebarang rundingan dengan Qatar sambil menuduh negara kecil itu “memutarbelitkan fakta”.
Arab Saudi bersama UAE, Bahrain dan Mesir menuduh Qatar menyokong militan, tuduhan yang dinafikan Doha.
Salman merupakan tokoh agama kedua yang ditangkap Arab Saudi sejak minggu lalu.
Sebelum ini, agamawan terkenal Awad al-Qarni, yang juga berpengaruh di media sosial dengan 2.2 juta pengikut Twitter, ditahan di Abha di selatan negara itu.
Awad juga sebelum ini menyokong sebarang langkah menyelesaikan permusuhan dengan Qatar.
Pegawai Arab Saudi tidak dapat dihubungi untuk mengulas penangkapan mereka.
Keluarga Al-Saud yang memerintah semenanjung Arab ini kerap menganggap golongan Islamis sebagai ancaman, dan bertindak keras terhadap kritikan pemerintahannya menggunakan hujah agama.
Penangkapan terkini berlaku di sebalik desas desus Raja Salman sedang bersiap sedia menyerahkan tampuk kuasa kepada Putera Mahkota, Mohammed.
Beberapa pemimpin buangan Arab Saudi sebelum ini merancang mengadakan protes pada 15 Sept ini sebagai langkah mempertingkatkan penentangan terhadap keluarga diraja itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.