Felda ditubuhkan pada tahun 1956 dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Tanah seluas 508,000 hektar, kebanyakannya di tanam sawit dan getah, berjaya menempatkan 112,635 orang peneroka Felda (95 peratus Melayu) di 317 Felda di seluruh negara.
Pada tahun 1990, ladang Felda (Felda Plantation) seluas 360,000 hektar diwujudkan, ditanam kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama Felda, dengan perolehan lebih RM1 bilion setahun.
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan dikenang sebagai perdana menteri yang cukup berjasa kepada warga Felda.
Tun Razak menggagaskan penubuhan Felda, manakala Tun Dr Mahathir mewujudkan Felda Plantation.
image: https://i.malaysiakini.com/1075/122762cdf58927eae79c584ed54f6e96.jpg
Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada tanggal 28 Jun 2012 adalah tragedi hitam yang hampir memusnahkan keselesaan dan kedamaian warga Felda; baik peneroka, kakitangan Felda dan generasi baru Felda.
Felda Plantation yang menjadi nadi ekonomi Felda yang menyumbang hampir 75 peratus pendapatan Felda, telah dipajak kepada FGV selama 99 tahun!
Sebanyak 37 peratus kepentingan saham melalui Felda, Felda Asset Holding dan KPF yang nilainya berbilion ringgit dalam FGV, membawa kerugian yang amat besar.
Ia diperakui oleh sendiri melalui kenyataan, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Parlimen. Kerugian pelaburan Felda dalam FGV sahaja mencecah RM2.06 Bilion.
Ia belum mengambil kira kerugian ditanggung oleh Tabung Haji, KWSP dan KWAP. Ia wang caruman rakyat jelata.
Krisis kewangan
Yang pasti, daripada rizab Felda yang suatu ketika berjumlah RM9 Bilion, kini menanggung beban hutang meminjam KWSP, pinjaman membeli ladang PT Eagle High Plantation dan lain lain yang dianggarkan hampir RM10 bilion!
image: https://i.malaysiakini.com/1121/21eadb8e4cc052110f58fde5658548d0.jpeg
Apakah manfaat yang diperolehi kepada Felda dari penyenaraian FGV ini? Menerusi perjanjian pajakan, FGV seharusnya membayar Felda RM508 juta setahun, adakah disempurnakan?
RM6 Bilion yang Felda terima dari penyenaraian, ke mana dibelanjakan? Sebanyak RM1.7 Bilion diagih kepada peneroka menerusi ‘durian runtuh’, selebihnya RM4.3 Bilion, dilabur ke mana dan apa manfaatnya untuk peneroka Felda?
Yang pasti, Felda sedang berdepan dengan krisis kewangan yang parah!
Insentif Felda
Apabila perdana menteri mengumumkan 6 insentif buat peneroka yang nilainya lebih RM1 bilion, peneroka Felda memang mengalu alukan. Namun, kebimbangan yang dirasai, semua insentif ini datangnya dari sumber Felda sendiri, yang lambat laun kesan langsungnya/padahnya akan berbalik kepada peneroka sendiri.
image: https://i.malaysiakini.com/1074/c151312da30f49ae1c2c940c51661836.jpg
Justeru, hijrah menuntut perubahan dari kesedaran para peneroka dan masyarakat Felda sendiri. Jangan dibuai dengan keseronokan beroleh RM5,000, tetapi merana sepanjang hayat.
ANAK menggesa suatu perubahan menyeluruh, difikir dan ditangani bersama.
1. Adakah FGV mesti dikekalkan?
2. Sampai bila kelompok peneroka yang diistilahkan ‘bersama Felda dan tidak bersama Felda’ harus dikekalkan?
3. Bagaimana perancangan strategik mengurangkan beban hutang peneroka yang jumlahnya telah mencecah RM100,00?
4. Nasib Gen 2&3 Felda yang terawang awang di Felda?
2. Sampai bila kelompok peneroka yang diistilahkan ‘bersama Felda dan tidak bersama Felda’ harus dikekalkan?
3. Bagaimana perancangan strategik mengurangkan beban hutang peneroka yang jumlahnya telah mencecah RM100,00?
4. Nasib Gen 2&3 Felda yang terawang awang di Felda?
Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan tidak lama lagi. Warga Felda akan membuat perhitungan di sebanyak 54 kerusi Parlimen.
Amat malang jika kita hanya terhutang budi kerana habuan dan dedak yang diberi di musim pilihan raya, sedang derita dirasai 5 tahun berikutnya.
image: https://i.malaysiakini.com/1074/0c8edd8211c9ecb79ac38d4b6ec21234.jpg
Felda wajib dipulihkan dalam agenda besar menerusi dasar baru yang menyeluruh. Ia bukan sahaja soal intergriti pemimpin, namun pertimbangan anak muda Felda di era peralihan ini.
Generasi baru Felda yang kini menjadi kelompok majoriti, mesti berhijrah ke arah yang lebih baik sepertimana dianjurkan Islam.
Anak muda Felda mesti memimpin perubahan dan memanfaatkan demokrasi pilihan raya bagi menentukan halatuju negara, khususnya Felda selepas PRU14.
“Dan Orang orang yang Beriman dan berhijrah serta berjihad pada Jalan Allah, dan Orang orang yang memberi pertolongan(kepada golongan Muhajirin) mereka itulah orang orang yang benar benar Beriman. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki(nikmat) yang mulia” – al-Anfal :74.
Salam Maal Hijrah.
MAZLAN ALIMAN Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.
– M’kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.