Government in waiting….kah kah kah….
Ada sesiapa nak percaya atau ini satu lagi lawak jenaka daripada penjual-penjual agama?
Rasanya ramai yang ketawa sambil geleng-geleng kepala dengan kenyataan terbaru pemimpin Pas ini.
Macam mana Pas nak menang pilihanraya dan jadi kerajaan masa depan sedangkan mereka melalui Gagasan Sejahtera adalah gabungan paling kecil, selain hanya bertanding di kawasan Melayu semata-mata?
Lebih lucu target kemenangan pun 40 kerusi Parlimen saja.
Jadi, nak bersiap-siap untuk jadi government in waiting buat apa?
Lawak kan!!
Sebenarnya ini adalah satu lagi penipuan dan cara Pas memperdaya dan menipu para penyokong mereka.
Dulu, mereka menjanjikan perjuangan menentang UMNO dan BN adalah jihad, bersamanya terkumpul banyak pahala dan syurga bakal menanti sebagai balasannya.
Kini, apabila apabila Pas menjadi mesra UMNO dan BN, semakin kurang kedengaran Pas mengatakan perjuangan mereka untuk mencari syurga.
Sebaliknya, apa yang dilakukan kini kononnya adalah matang dan sejahtera.
Namun, matang dan sejahtera Pas hanyalah kepada UMNO, BN dan Najib Razak saja.
Kepada yang lain-lain…semuanya pantang belaka.
Bersendiriannya Pas atau bergebang atas nama Gagasan Sejahtera, tujuannya hanyalah sebagai alat dan perkakas untuk menjadi penyendal dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN terus berkuasa.
Pas tahu pendirian terbaru mereka bermesra-mesraan dengan UMNO dan BN, lebih-lebih lagi setelah Najib terkait dengan skandal 1MDB dan cara pemerintahan kerajaan sekarang sudah bertukar daripada demokrasi kepada kleptokrasi, turut tidak disenangi oleh ahli dan penyokong bawahan mereka.
Setelah diasuh dengan kafir-mengkafir, menolak sembelihan dan berimamkan orang UMNO, tidaklah semudah itu bagi semua ahli dan penyokong Pas untuk tiba-tiba beralih arah menjadikan musuh sebagai kawan karib.
Lantaran itu, walaupun hanya mewakili kelompok Melayu dan matlamat kemenangan cuma 40 kerusi, satu angka yang tidak pernah dicapai Pas selama ini dan lebih mustahil kerana bersendirian, cara parti itu memperdaya ahli dan penyokongnya ialah dengan memberi gambaran keyakinan bahawa kerajaan masa depan bakal menjadi milik mereka.
Ia adalah untuk melindungi muslihat sebenar Pas untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta memastikan Najib kekal berkuasa yang secara tidak langsung ia juga bertujuan mengelakkan Perdana Menteri daripada diadili atas pelbagai skandalnya oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang bermatlamatkan memulihkan ekonomi dan menyelamatkan negara selepas pilihanraya akan datang.
Government in waiting…inilah kaedah terbaru Pas cuba memperdaya serta memperbodohkan ahli dan penyokong mereka.
– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.