`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 10, 2017

PAS Dulu Dan PAS Sekarang

Syed Ahmad Fadhli
Antara pembohongan bersiri Pakatan Harapan khususnya DAP terhadap PAS ialah kononnya PAS sekarang tidak sama seperti PAS dahulu.
Kata mereka kepimpinan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak sama dengan Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil bin Md Noor.
Ini adalah pembohongan yang nyata. Mengapa?
Fakta 1: Pada tahun 2001, DAP keluar Barisan Alternatif.
Mursyidul Am PAS ketika itu ialah Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz manakala Presiden PAS ialah Almarhum Ustaz Dato’  Fadzil dan Timbalan Presiden PAS ialah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Hakikatnya, DAP keluar daripada BA ketika Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil masih hidup.
Fakta 2: Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas PRU 2008 dan PAS kekal berada dalam PR ketika PRU 2013.
Pembangkang mencipta kemenangan bergaya pada PRU 2008 dan PRU 2013 ketika PAS dipimpin oleh Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Fakta 3: Pada tahun 2015, DAP yang mengisytiharkan terkuburnya Pakatan Rakyat dengan PAS dipersalahkan sebagai punca.
Hakikatnya, sebelum pada itu DAP sendiri yang memutuskan hubungan rasmi dan tidak mengiktiraf kepimpinan Presiden PAS,Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
DAP juga masuk campur dalam hal dalaman PAS, iaitu berkempen dan menaja kelompok tertentu ketika Muktamar Pemilihan PAS 2015.
PAS dulu dan PAS sekarang tetap sama iaitu agendanya memperjuangkan Islam. Samada UMNO-BN, DAP-PH yang menentang agenda ini, PAS tetap tidak berganjak daripada perjuangan ini.
Ketika pemimpin PKR dan PPBM masih berada dalam UMNO dulu, PAS sudah pun teguh melawan UMNO-BN semenjak tahun 1951 lagi.
Jadi, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz, Syed Saddiq, Kadir Jasin, Khairuddin, Dr Rais, Saifuddin Nasution, Saifuddin Abdullah bukanlah individu yang layak untuk mengajar PAS bagaimana cara menentang UMNO? Ketika mereka berada dalam UMNO dulu, apa yang mereka buat?
Bak kata pepatah, “menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.