`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 28, 2017

PUTRAJAYA DIBERI INGATAN, HENTIKAN EKSTREMISME AGAMA

KEDAI dobi khas untuk orang Islam di Johor, larangan berseluar pendek di khalayak ramai di Kelantan, dakwaan video tentang Kristianisasi dan tidak lama sebelum ini, siapa berhak guna kalimah Allah. Semua ini menunjukkan satu perkara: Islamisasi sedang perlahan-lahan merayap di Malaysia.
Itulah pandangan Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak, Reverend Justin Wan yang berpendapat semua insiden kurang toleransi beragama dan ekstremisme di Semenanjung Malaysia ini akan merobek kedudukan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.
“Bahawa kerajaan tidak berbuat apa-apa, seperti isu di Johor, mengambil sikap dalam kontroversi kalimah Allah, seolah-olah menunjukkan semua insiden ini secara halus direstui oleh kerajaan,” katanya.
Wan, yang juga Presiden Misi Evangelikal Borneo, bimbang apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia ini boleh merebak ke Sarawak pada masa akan datang sekiranya Putrajaya tidak bertindak.
“Kami (pihak gereja) boleh membendungnya (ekstremisme) untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, tetapi masanya akan tiba juga, perlahan-lahan tetapi pasti. Mereka sudah melakukannya di Sabah, dan selepas ini Sarawak.”
Beliau merujuk kepada dakwaan pengislaman masyarakat pribumi Sabah di kampung-kampung pedalaman oleh kumpulan pendakwah Islam. Ada dakwaan kira-kira 64 orang termasuk kanak-kanak dari tiga perkampungan Dusun di pedalaman Pitas — Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop — dilaporkan masuk Islam pada tahun baru 2014.
Kelompok Kristian pribumi Sabah, yang mendakwa badan Islam itu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, bertindak balas menganjurkan “mamangkis” (satu semboyan perang yang digunakan oleh nenek moyang mereka apabila musuh datang dan cuba merampas sesuatu yang hak daripada mereka).
“Leluhur kami yang bersama-sama Sarawak membantu membentuk Malaysia sudah menjelaskan pendirian mereka sebelum mereka bersetuju untuk mendirikan Malaysia tetapi semua itu sekarang tampak semacam sudah dilupakan.
“Sarawak bersetuju dengan sebuah Malaysia yang berbilang kaum dengan Islam sebagai agama rasminya. Ia tidak pernah bersetuju dengan sebuah negara Islam Malaysia.
“Kami tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju untuk menukarkan Malaysia jadi seperti negara Taliban,” kata Wan sambil memuji sikap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menghentikan sebuah kedai dobi “mengarut” khusus untuk orang Islam di Muar, Johor itu.
Sarawak bersetuju dengan sebuah Malaysia yang berbilang kaum dengan Islam sebagai agama rasminya. Ia tidak pernah bersetuju dengan sebuah negara Islam Malaysia. – Gambar EPA, 27 September, 2017.
Sarawak bersetuju dengan sebuah Malaysia yang berbilang kaum dengan Islam sebagai agama rasminya. Ia tidak pernah bersetuju dengan sebuah negara Islam Malaysia. – Gambar EPA, 27 September, 2017.
Kata Wan, beliau setuju dengan titah Sultan Johor bahawa sikap seperti itu tidak dapat diterima dan melampau, dan tiada tempat dalam sebuah masyarakatMalaysia yang berbilang agama.
Tetapi Wan bertanya: “Kerajaan di mana? Kenapa tidak buat apa-apa dengan pelampauan agama seperti itu?
“Kerajaan perlu mengambil sikap.”
Menurut beliau Putrajaya harus melihat semula apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia, muafakat 18 perkara ketika pembentukan Malaysia pada 1963.
Wan mengingatkan perkara pertama dalam perjanjian itu menyentuh soal agama yang menyatakan “tiada bantahan untuk Islam jadi agama persekutuan Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi negeri di Sarawak, dan peruntukan-peruntukan berkenaan Islam dalam Perlembagan Malaya tidak seharusnya terpakai di Sarawak”.
“Lihat semula Perjanjian Malaysia. Tengok apa yang kami di Sarawak persetujui dahulu.
“Bukannya sebuah negara Islam atau negara Taliban.”
– https://www.themalaysianinsight.com

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarokatu...
    Mohon maaf bilah kedatangan saya mengganggu. Perkenalkan nama saya Widia Ningrum asal magelang seorang mantan PRT duluh kerja di kota malaka malaysia selama 8 tahun lamanya. Singkat cerita..saya sangat berterima kasih kpd MBAH KARTABAYA atas bantuan beliau melalui pemasangan nomer togel 6D Nya alhamdulillah saya menang RM,257.000 uang indo kurang lebih 770 juta. saya tidak menyangka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH KARTABAYA, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau. Saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan beliau karna banyakNya orang yg saya telpon dari google untuk minta bantuanNya tidak ada satu pun yg berhasil malah hutang saya tambah banyak. Beliau juga bisa membantu melalui pesugihan uang gaib tanpa tumbal, Pelet, Pelaris, Nomer togel 4D/5D/6D.. Bagi anda yg diluar negri maupun dalam negri butuh bantuan beliau jangan takut atau maluh segerah hubungi MBAH KARTABAYA di nomer 085280923347 / +6285280923347 Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah dan muda2han anda cocok dan beliau bisa membantu anda seperti saya. Sekian dan terima kasih atas tumpangannya semoga dengan adaNya pesan singkat ini semua bisa merubah nasib...





    Wassalam...



    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.