`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 28, 2017

SALLEH 100 PERATUS SALAH

Salleh Said Keruak dilapor membidas segelintir pemimpin pembangkang yang didapati menggunakan bahasa kesat mencaci penyokong UMNO dan BN.
Beliau mengambil contoh Mohamad Sabu yang menggelar agamawan yang menyokong UMNO sebagai berfahaman celaka, Tun Mahathir Mohamad yang menganggap berdosa mengundi Pas serta BN dan Muhyiddin Yassin yang didakwanya pernah menggelar jahiliah kepada orang UMNO dan BN.
“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut hanya kerana perbezaan dan persaingan dalam politik.
“Cukuplah sekadar menggariskan hala tuju perjuangan dan mengkritik kelemahan kerajaan BN,” ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.
Di sebalik bidasan dan tegurannya kepada pemimpin pembangkang, Salleh sepatutnya terlebih dahulu melakukan perkara itu kepada Perdana Menteri, Najib Razak dan kelompok penyokong UMNO serta BN sendiri.
Kiranya beliau merasakan ungkapan berfahaman celaka oleh Mohamad Sabu, berdosa mengundi Pas dan BN oleh Tun Mahathir dan jahiliah oleh Muhyiddin sebagai carutan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh mana-mana pemimpin politik, Salleh seharusnya sedar perkataan yang pernah dilafazkan oleh Najib jauh lebih teruk dan tidak patut lagi.
Hanya Najib yang pernah mengucapkan perkataan haram jadah, bangang dan bangsat secara terbuka di khalayak umum kepada mereka yang berbeza pendirian dengannya.
Tidakkah perkataan haram jadah, bangang dan bangsat itu lebih mencarut dan keji didengar berbanding fahaman celaka, berdosa dan jahiliah?
Selain itu, sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh juga nampaknya kekurangan maklumat berhubung perlakuan sebenar penyokong UMNO dan BN di media-media sosial.
Jika beliau meluangkan lebih masa meninjaunya dan bukanlah rahsia lagi akan didapati bahawa penyokong UMNO dan BN, termasuk mereka yang agak dikenali ramai, lebih sering menggunakan perkataan kesat, lucah, mencarut serta maki-hamun yang keterlaluan terhadap penentang-penentang Najib.
Meskipun penentang Najib hanya melontarkan kritikan atau bidasan dengan bahasa yang sopan dan berhemah kepada Najib misalnya, seringkali ia dibalas dengan serangan yang kasar dan disertai pula dengan gelaran-gelaran tertentu, terutamanya melibatkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Lebih dari itu, dalam blog ini sendiri, jelas terbukti siapa yang lebih kerap melontarkan kata-kata carutan, lucah dan maki hamun itu?
Penyokong UMNO dan BN atau penyokong Pakatan Harapan dan perubahan yang lebih kerap mencarut, kasar dan melucah?
Selalunya apabila tidak mampu menjawab kritikan dan teguran atau terlalu ingin mempertahankan kesalahan pemimpin yang pada hakikatnya amat nyata di sisi Tuhan dan malaikat, jalan mudahnya ialah mereka akan menjawab dengan cara yang tidak beretika itu.
Seolah-olahnya dengan mencarut, memaki-hamun dan bersikap kasar itu lebih mulia daripada mengakui kesalahan  pemimpin yang memang diketahui salah itu.
Maka itu, sebelum Salleh mahu membidas orang lain, beliau sebenarnya lebih afdal menjeritkan teguran agar berhemah dan tidak mencarut itu ke telinga Najib dan para penyokong UMNO dan BN terlebih dahulu.
Mereka bukan saja lebih banyak mencarut, bahkan tahap carutannya lebih buruk dan teruk lagi.
Tindakan Salleh yang hanya melihat kesalahan pemimpin pembangkang, meskipun perilaku bosnya dan penyokong UMNO serta BN jauh lebih “nauzubillah” lagi, ia bukan saja memperlihatkan beliau 100 peratus salah, malah dengan jelas menunjukkannya cuba mempertahan dan melindungi amalan mencarut yang jauh lebih dahsyat serta terang-terang di depan mata.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarokatu...
    Mohon maaf bilah kedatangan saya mengganggu. Perkenalkan nama saya Widia Ningrum asal magelang seorang mantan PRT duluh kerja di kota malaka malaysia selama 8 tahun lamanya. Singkat cerita..saya sangat berterima kasih kpd MBAH KARTABAYA atas bantuan beliau melalui pemasangan nomer togel 6D Nya alhamdulillah saya menang RM,257.000 uang indo kurang lebih 770 juta. saya tidak menyangka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH KARTABAYA, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau. Saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan beliau karna banyakNya orang yg saya telpon dari google untuk minta bantuanNya tidak ada satu pun yg berhasil malah hutang saya tambah banyak. Beliau juga bisa membantu melalui pesugihan uang gaib tanpa tumbal, Pelet, Pelaris, Nomer togel 4D/5D/6D.. Bagi anda yg diluar negri maupun dalam negri butuh bantuan beliau jangan takut atau maluh segerah hubungi MBAH KARTABAYA di nomer 085280923347 / +6285280923347 Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah dan muda2han anda cocok dan beliau bisa membantu anda seperti saya. Sekian dan terima kasih atas tumpangannya semoga dengan adaNya pesan singkat ini semua bisa merubah nasib...





    Wassalam...



    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.