`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 18, 2017

Saya tak tahu BNM terlibat urus niaga forex, kata Daim

Kenyataan bekas menteri kewangan itu dipertikaikan pengerusi RCI.
Daim-ZainuddinPUTRAJAYA: Tun Daim Zainuddin hari ini berkata beliau tidak tahu Bank Negara Malaysia (BNM) terlibat dalam urus niaga matawang asing pada awal 90-an, bekas menteri kewangan itu hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kerugian lebih 2 dekad lalu dialami bank pusat itu.
Daim juga berkata beliau tidak diberikan sebarang taklimat atau penjelasan dari gabenor bank pusat itu mengenai urus niaga berkenaan.
“Disebabkan itu, saya tidak pernah berbincang dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai urus niaga mata wang asing yang dilaksanakan BNM,” katanya di Istana Kehakiman di sini, hari ini.
Daim merupakan saksi ke-23 dipanggil RCI itu yang bertujuan menyiasat kerugian BNM dalam perdagangan mata wang pada 1990-an, iaitu di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
RCI itu dipengerusikan Pengerusi Petronas Tan Sri Sidek Hassan dan antara lain turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md. Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.
Daim dilantik sebagai menteri kewangan pada 14 Julai 1984 dan meletak jawatan pada 15 Mac 1991, sebelum dilantik lagi selama 2 tahun pada awal 1999.
Menurut Daim, beliau tidak pernah mencampuri urusan BNM kerana tidak ia bukan bidang tugas beliau, sambil menambah bank pusat itu bebas dari segi kawalan dan operasi.
“Pada setiap bulan, gabenor BNM akan mengemukakan secara sulit mengenai kedudukan rizab bank pusat kepada saya. Saya tidak diberitahu mengenai kerugian yang dialami BNM pada 1988 hingga 1989.
“Saya juga tidak tahu bahawa BNM terlibat dengan sangat aktif dalam urus niaga mata wang asing mulai tahun 1988 serta jumlah urus niaga adalah begitu signifikan,” katanya.
Bagaimanapun, Sidek mempertikaikan kenyataan Daim yang dia tidak mengetahui sebarang urus niaga matawang asing.
Sidek berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai menteri kewangan pada ketika itu untuk mengetahui sebarang maklumat berkaitan BNM, apatah lagi jika ada perkara yang dapat menggugat kewangan negara.
Sidek turut menyatakan bagaimana media asing dan tempatan lebih mengetahui mengenai kehilangan wang akibat urus niaga matawang asing tersebut.
Daim menjelaskan beliau tidak mendapat sebarang arahan atau pemberitahuan mengetahui kehilangan wang dalam urus niaga matawang dan sudah menjadi kebiasaan untuk bank pusat bersikap bebas.
“Memang benar saya tidak tahu mengenai urus niaga berkenaan. Walaupun ini adalah perkara besar pada hari ini. Jika saya tahu pada awalnya, tidak mungkin saya tidak akan siasat.
“Saya tidak mengetahui mengenai kerugian berjumlah RM772.3 juta pada tahun 1988 dan RM2.259 bilion pada tahun 1989 yang dialami BNM akibat urus niaga matawang asing ini,” katanya. -FMT

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
    berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
    beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti
    orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
    dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
    supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
    kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
    Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
    untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
    dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
    Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
    putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
    !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
    kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099 atau KLIK DISINI
    solusi tepat salam sukses.

    INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....

    >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
    >PESUGIHAN UANG GAIB
    >PESUGIHAN JIN KHODAM
    >PESUGIHAN ASMA
    >PESUGIHAN UANG SEPASANG
    >PESUGIHAN UANG BALIK
    >PESUGIHAN JUAL JANIN
    >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
    >PESUGIHAN NIKAH JIN
    >PELARISAN DAGANG

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.