`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 11, 2017

SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi

Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diluluskan Kabinet pada 10 Ogos 2016, akan dilaksanakan melalui 11 inisiatif dalam usaha menyelesaikan isu struktur yang sudah lama dihadapi industri teksi berasaskan 4 prinsip utama.
SpadPETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengedarkan 1,500 risalah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di sekitar Lembah Klang, semalam bagi meningkatkan kefahaman pemandu teksi terhadap pelaksanaan program itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan berkata, antara kandungan risalah itu ialah 11 inisiatif kerajaan yang akan dilakukan sepanjang 2016 hingga 2021.
“Terdapat beberapa kawasan ‘hotspot’ yang menjadi tumpuan pemandu teksi untuk pihak Jabatan Teksi mengedarkan risalah seperti sekitar kawasan KL Sentral, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dan Pudu Raya.”
Spad2
Beliau berkata, risalah itu turut diedarkan ke kawasan lain termasuk pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Putrajaya dan Bukit Jalil, serta diperluaskan ke Pulau Pinang, Langkawi di Kedah, pejabat wilayah serta negeri di Semenanjung Malaysia.
TITP yang dirangka SPAD dan diluluskan Kabinet pada 10 Ogos 2016, akan dilaksanakan melalui 11 inisiatif dalam usaha menyelesaikan isu struktur yang sudah lama dihadapi industri itu berasaskan 4 prinsip utama.
Ia termasuk memanfaatkan penggunaan teknologi, menggalakkan persaingan, mewujudkan medan saingan adil dan saksama kepada pemandu teksi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi, meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyemak semula kadar tambang.
Kerajaan menerusi TITP memberi mandat kepada SPAD untuk memperkemas dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran kad pemandu tunggal, selain menetapkan peraturan bagi syarikat dan pemandu e-hailing dalam memastikan keperluan matlamat dasar seperti perlindungan insurans serta keselamatan dipatuhi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.