`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 7, 2017

Tak Calonkan Wanita Jadi MB, Pas Ada Alasan Kukuh

(Sinar Harian) – Pas mempunyai alasan kukuh tidak menamakan calon wanita untuk jawatan Menteri Besar Selangor, satu ketika dahulu.
Pengarah Ameerah Malaysia, Husna Hashim berkata, penolakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar dahulu bukanlah disebabkan perbezaan gender.
Menurutnya, keputusan itu berdasarkan situasi, di mana Sultan Selangor meminta supaya diberikan dua nama lain untuk dipilih.
Sebelum ini Pas dikatakan tidak menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar kerana tidak berkebolehan.
Mengulas lanjut mengenainya, Husna berkata, Pas mengamalkan sikap terbuka namun pada masa sama menghormati pemerintah.
“Kita kena ingat bahawa pemerintah Selangor adalah Sultannya, justeru kita kenalah hormati permintaan tersebut kerana itu yang diajar selama ini di dalam kepimpinan Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Wacana Sinar Siri 49 Menjelang PRU14: Kuasa Undi Wanita di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.