`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 13, 2017

TIPU HELAH NAJIB TERDEDAH LAGI DI NEW YORK

Kelemahan strategi Datuk Seri Najib Razak Semakin Jelas: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menguatkan Tun Dr Mahathir Mahomad dan trip ke Amerika Syarikat (AS) yang mendatangkan tangan kosong.
Bulan September 2017 akan berlalu sebagai sebuah bulan yang memperlihatkan kelemahan Najib – kalaulah beliau tahu yang pembangkang dan rakyat Malaysia semua sudah tahu permainan dan percaturan beliau.
Berkenaan RCI-, Tan Sri Mohammad Nor Yakcop, salah seorang figura Bank Negara Malaysia (BNM) yang penting pada tahun 1980-an, menegaskan yang “Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan” tentang kerugian forex.
Sebaliknya, Mohammad Nor Yakcop memperjelaskan secara berhati-hati tetapi berobjektif dalam kenyataan bertulisnya beberapa kejadian yang memaksa BNM untuk berkecimpung dalam perdagangan FOREX.
Pertamanya, peningkatan nilai mata wang Yen Jepun meningkat lebih 50 peratus selepas Plaza Accord 1986, di mana ahli-ahli G7, membenarkan Yen Jepun untuk arah alir ke atas. Oleh kerana Malaysia meminjam Yen Jepun daripada pelbagai projek infrastruktur, BNM memasuki pasaran mata wang asing untuk mengurangkan kerugian Malaysia.
Benar, menjangkaui pemeliharaan nilai mata wang Ringgit Malaysia, juga untuk menguatkan lagi rizab, BNM telah melompat masuk ke pasaran yang sentiasa bergolak bagi membantu Malaysia untuk meningkatkan lagi keuntungan, mengurangkan kerugian dan mengukuhkan lagi rizab.
Selamatkan ekonomi
Bukan seperti 1MDB, kerugian Forex dimotivasikan dengan beban untuk menyelamatkan ekonomi negara daripada kebejatan situasi kewangan antarabangsa, di mana Bank of England pun telah tersilap langkah dengan Pound British mereka sendiri.
Keduanya, kenyataan Mohamed Yakcop mengesahkan yang polisi tentang kerugian telah diserap dan dipelajari bagi menghadapi krisis kewangan Asia pada 1998-1999 – pada waktu itu Mahathir berjaya mengawal Malaysia daripada kerugian berbilion-bilion ringgit.
Sehingga hari ini, Bank Negara dan International Monetary Fund (IMF) mengakui tindakan Mahathir adalah wajar. Sehinggakan George Soros juga terpaksa mengalah dengan Mahathir.
Senjata RCI Najib kini sedang menikam beliau dan kerajaan dari belakang lebih daripada beliau bayangkan. Daripada menyelar reputasi utuh Mahathir, sebaliknya RCI mengukuhkannya lagi.
Dan kita perlu ingat , Anwar Ibrahim pun tidak dimaklumkan akan kerugian yang berlaku, kerana beliau tidak pegang apa-apa bidang kuasa perbankan semasa beliau memegang porfolio menteri kewangan, kata Mohammad Yakcop.
Tikaman dari belakang
Kini, terdapat satu lagi tipu helah pada September 2017 yang akan menghancurkan Najib lagi. Pemergian beliau ke White House hanyalah sampingan pemergian beliau ke New York.
Sebaliknya, semua indikasi menunjukkan beliau ke sana untuk menghadiri Mesyuarat Agung PBB kali ke-72, yang juga bermula pada 12 September – kebetulan pada masa yang sama beliau sepatutnya bertemu President Trump.
Dengan menggunakan alasan Mesyuarat Agung PBB memberikan beliau sedikit imuniti diplomasi kerana kesemua ketua negara dan kerajaan akan ke New York untuk menyertai Mesyuarat Agung PBB – secara tradisinya – tidak akan dihalang masuk.
Andaikata Najib bertemu dengan presiden Trump di Rumah Putih, ia tidak bermakna apa-apa walau sedikit pun. Semua orang tahu yang Trump gemar adakan pertemuan peribadi dan penting beliau di Menara Trump atau Mar-a-Lago di Florida. Kalaulah Najib bertemu Trump di Rumah Putih, itu hanyalah olok-olok.
Andaikata Najib pergi ke Trump Tower, Najib dan pasukannya akan melalui banyak bangunan di Manhattan, New York yang telah disita oleh Jabatan Keadilan AS.
Ia tentunya sebuah trip yang menggerunkan melihat kegiatan Jho Low memperkudakan wang rakyat Malaysia menerusi 1MDB.
Mana-mana pun, Najib terperangkap. Sama ada RCI di tanah air atau trip ke New York, tipu helah beliau telah didedahkan.
Sehingga beliau mempertahankan GST, Tun Dr Mahathir gelar ia satu tipu helah juga. Mengapa perlu adakan GST sedangkan sudah ada cukai jualan? Mengapa harga minyak naik 4 sen lagi sedangkan Najib berjanji GST akan menyelamatkan kewangan Malaysia?
Jelas sekali, Najib telah kalah. Beliau tidak tahu tikaman di belakang daripada RCI mahupun trip beliau ke AS hanyalah tidak lebih daripada satu trip ke PBB.
DATUK DR RAIS HUSSIN merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.