Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed menghantar isyarat yang menggerunkan Barisan Nasional terutamanya wakil Parlimen Putrajaya Tengku Adnan apabila tersebar luas berita beliau akan bertanding di Putrajaya – kawasan Parlimen yang merupakan simbol kuasa negara ini.
Walaupun belum disahkan secara rasmi tetapi berasaskan beberapa sebab yang sangat kuat dan munasabah,beliau tidak ada pilihan lain lagi selain dari memenuhi tuntutan rakyat dan juga parti dalam hal ini.
Beberapa pihak melihat keputusan ini sebagai strategi yang sesuai dengan imej dan status beliau yang akan memberikan impak besar dalam menggembelingkan dan mendorongkan sentimen nasional untuk memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh beliau.
Pengundi di Putrajaya sendiri tidak dapat memisahkan diri mereka dari terus mengenang Mahathir sebagai arkitek Putrajaya yang membendung mereka dengan semangat kemasyarakatan dan keugamaan dalam suasana bersih, moden dan persekitran alam yang membanggakan.
Lebih mendekatkan perasaan mereka kepada Mahathir kerana selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri ,beliau disedari terus berada bersama mereka dengan pejabatnya Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya di Presint 8 dan sekali sekala terlihat berjalan -jalan atau singgah makan di restoran-restoran rakyat disini.
Sebab-sebab utama yang mendorongkan Mahathir bertanding di Putra Jaya ialah:
@ Putrajaya sebagai simbol kuasa negara atau pusat pentadbiran negara akan memberi gambaran beliau bertanding sebagai calon nasional dan bukan dengan imej calon kedaerahan atau kenegerian.
@Akan menggugat jentera Barisan Nasional yang akan terpaksa menumpukan segala kekuatan jentera pilihanrayanya,tokoh-tokoh besar dan pemimpin-pemimpin utama ke kawasan Putrajaya untuk mencegah kemenangan Mahathir
@ Memudahkan tumpuan tenaga-tenaga penyokong Mahathir dari seluruh negara untuk membantu Mahathir secara tersusun dan berkesan
@ Kemudahan operasi, komunikasi,koordinasi dan intraksi media sosial penyokong Mahathir dalam perancangan dan perlaksanaan strategi disamping lebih dekat dengan wartawan-wartawan portal berita bebas yang lebih berpengaruh dari akhbar-akhbar perdana.
Beberapa pihak telah pun menemui dan mendesak Mahathir bertanding di Putarajaya termasuk penyokong-penyokong beliau dari Langkawi .
“Orang-Orang Kuat” dari Langkawi telah memita Mahathir tidak bimbang dengan Langkawi kerana anaknya Mukhriz adalah calon yang pasti menang di Langkawi sebagai calon negeri dan parlimen.
Dengan bertanding di Langkawi ,Mukhriz yang menjadi pendorong kemenangan BN dalam pilihanraya lalu diyakini akan dapat mendorong pengundi-pengundi di Kedah untuk menolak muka-muka basi UMNO yang jika tidak kerana Mukhriz BN telahpun hilang kuasa di Kedah.
Matlamat setiap parti yang bertanding adalah untuk merebut Putrajaya dan kehadiran Mahathir sebagai calon disini akan memberikan penghayatan kepada rakyat di seluruh negara untuk bersama dengan Mahathir dalam pakatan menyisihkan Datuk Seri Najib dari kepimpinan negara.
– zamkata.blogspot.m
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.