`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 17, 2017

Sarjana: Islam dan kebebasan tidak boleh dipisahkan

Sarjana AS pertikaikan golongan orang Islam dan bukan Islam yang beranggapan Islam dan kebebasan saling bercanggah.
scholars-1
KUALA LUMPUR: Hak asasi dan kebebasan tidak boleh dipisahkan daripada Islam, satu wacana yang menampilkan ahli akademi terkemuka Dr Nader Hashemi diberitahu hari ini.
Sarjana Amerika Syarikat yang menerajui Pusat Pengajian Timur Tengah di Universiti Denver berkata, kebebasan sebab utama kewujudan Al-Quran.
“Manusia dari awal lagi diberitahu mereka ada pilihan: ikut jalan kebenaran atau jalan syaitan,” katanya di perbincangan meja bulat “Kebebasan nilai Islam?” Anjuran Islamic Renaissance Front (IRF).
Meskipun Islam dan kebebasan mempunyai hubungan yang rapat, Hashemi berkata ramai berpendapat kebebasan tiada tempat dalam Islam, dan menambah ini diburukkan oleh pergolakan di Timur Tengah dan bias daripada pergolakan itu.
“Ramai percaya Islam dan kebebasan saling bercanggah. Dalam masyarakat Islam ada segolongan orang mempunyai pandangan yang negatif terhadap kebebasan.
“Mereka percaya Tuhan sudah tetapkan peraturan dan perintah maka tidak perlu berfikir atau berdebat apa yang betul atau salah,” katanya.
Beliau berkata satu masalah dalam masyarakat Islam ialah mereka rasa terpaksa melaksanakan peraturan dan perintah seketat mungkin, kerana percaya “kebebasan akan membawa kepada kerosakan moral dan huru hara”.
Hashemi akui walapun beliau percaya kebebasan adalah nilai Islam, mana-mana masyarakat akan berdebat tentang had kebebasan.
Aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar berkata menahan diri perlu untuk membolehkan kebebasan subur.
Beliau menjelaskan menahan diri bererti komitmen kepada memperakui kebebasan orang lain.
“Apabila kamu sedar kebebasan orang lain, kamu akan sedar kamu perlu menahan diri,” katanya.
“Kebebasan menurut Al-Quran membawa maksud kebebasan melakukan kebaikan, bukan kejahatan. Ada dimensi etika yang kuat di situ.”
Chandra berkata tanpa memahami dimensi etika itu, perjuangan untuk kebebasan mungkin juga membawa kepada konflik dan menghalang hak kebebasan orang lain. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.