`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 17, 2017

‘SUSULAN PEMBATALAN IMAMS, ADAKAH SYARIKAT DAPAT PAMPASAN?’

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mempersoalkan sama ada syarikat yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) akan diberikan pampasan ekoran pembatalan sistem itu.
Beliau berkata, ini kerana sukar untuk membatalkan persetujuan antara kerajaan dan syarikat swasta dengan begitu sahaja.
“Adakah syarikat yang telah dijanjikan faraid sesama mereka boleh batal begitu sahaja?
“Apakah pampasan tidak diberikan kepada syarikat yang telah bersedia menahan ‘bubu’ untuk jemaah (yang ingin menunaikan umrah)?” soalnya dalam kenyataan, semalam.
Melalui sistem IMAMS, individu yang ingin menunaikan ibadah umrah dikenakan caj berjumlah RM90.10, iaitu RM45 untuk caj penggunaan IMAMS, RM40 untuk insurans takaful umrah dan RM5.10 untuk GST.
Imams Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik untuk melaksanakan sistem itu.
Namun ekoran bantahan pelbagai pihak, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semalam mengumumkan pembatalan pelaksanaannya, sehari selepas ia pertama kali diumumkan.
Idris juga mempersoalkan sebab pelaksanaannya yang dikatakan untuk mengatasi masalah penipuan agensi umrah.
Beliau berkata, dasar yang diwujudkan kerajaan untuk mengatasi sebarang masalah pada masa sama tidak boleh sehingga menyusahkan rakyat.
“Malaysia ini pelik, kemuka masalah maka ada peluang bisnes. Misalnya untuk atasi minyak diseludup, hapus subsidi.
“Semangatnya rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, maka peluang untuk mendapat wang segera diperkenalkan,” kata anggota parlimen Bukit Gantang itu lagi.
Tambahbaik mekanisme sedia ada
Menurut Berita Harian 25 September lalu, polis menerima 287 laporan kes penipuan umrah dan haji dengan nilai kerugian RM11.1 juta, bermula 2012 hingga Ogos tahun ini.
Berikutan pembatalan IMAMS, kerajaan mengumumkan akan mengeluarkan mekanisme baru yang lebih cekap bagi menangani kes penipuan itu.
Namun Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, usaha menangani penipuan itu dapat dilakukan dengan menambahbaik dasar sedia ada, iaitu Majlis Kawal Selia Umrah dan Lesen Khas Umrah (LKU).
“Kewujudan IMAMS seolah-olah menyebabkan berlaku pertindihan jawatankuasa dalam soal mengurus dan mengawal selia pengurusan umrah,” katanya.
Justeru, beliau berharap pembatalan sistem itu bukanlah gimik politik ekoran bantahan ramai hanya untuk dilaksanakan semula pada masa akan datang.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.