`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 8, 2017

Umno bantu rakyat, ahli sendiri poket kosong, kata perwakilan

Rizalman-Mokhtar

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Bahagian Bandar Tun Razak berkata, pemimpin Puteri dan Pemuda parti itu bertungkus lumus membantu rakyat, walaupun poket mereka sendiri kosong disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Rizalman Mokhtar berkata, mereka tidak merungut kerana percaya kepada prinsip wala, walaupun hakikatnya mereka turut terkesan dengan kos sara hidup tinggi.
“Kita buat kupon Wanita Wilayah Persekutuan ataupun jom pergi pasar setiap bulan bagi baucar kepada ibu-ibu yang nak pergi pasar, tapi pada masa sama, dia dekat dapur belum ada apa pun untuk dimasak.
“Kita buat program beri minyak percuma kepada anak muda, dalam masa yang sama ahli Pemuda Umno sendiri isi minyak pun tak mampu,” katanya yang disambut sorakan dan laungan “ya” daripada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Selasa lalu, ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid mengeluh mengenai kos sara hidup tinggi dan nilai ringgit lemah di Twitternya.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati.
“Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.
“Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” demikian tulis penyanyi popular itu.
Mengulas lanjut, Rizalman berkata, isu peningkatan kos sara hidup sekiranya tidak ditangani dengan betul, dikhuatiri mampu menjadi “bom jangka” kepada Umno.
“Hari ini rakyat merintih kenaikan kos sara hidup, hari ini ramai yang menangis kerana berdepan kenaikan harga barang seolah-olah tiada kawalan. Ianya seumpama menjadi ‘time bomb’ kepada kita, ianya boleh meletup bila-bila masa kalau kita tidak tangani dengan baik.
“Kita dalam dewan ini pun sakit terkesan dan terhimpit, tetapi atas prinsip wala, kita diam kita terus pertahankan parti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno.
Beliau berkata, kemarahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup mampu menjadi malapetaka kepada Umno sekiranya diterjemahkan dalam peti undi.
“Ini kita, tapi rakyat di luar yang kita label ‘persuadable voters’ dan atas pagar ini, mereka lahirkan emosi kemarahan mereka ini di peti undi, ini adalah satu realiti yang kita sukar nafikan.
“Sebab kita sebagai orang parti, kita rasa bukan orang Umno dapat diskaun beli barang, tidak…orang Umno pun beli barang sama harga di luar.
“Kita buat program bantuan kepada rakyat, Wanita, Pemuda, Puteri dan sebagainya, kita beri bantuan kepada rakyat, dalam masa yang sama kita pun menangis poket kita pun tidak ada duit.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.