`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 9, 2017

Umno P Pinang gesa siasat portal hina Najib

Wakil Umno mahu siasatan dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab menghina presiden parti.
Mohd-Nashrol-Hisham-Abdullah_portal_tml_600
KUALA LUMPUR: Seorang wakil Umno Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat portal berita The Malaysian Insight kerana laporan mereka yang didakwa menghina pemimpin negara.
Mohd Nashrol Hisham Abdullah dari Umno Bahagian Tasek Gelugor berkata, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menemui nama pengarah syarikat tersebut.
“Ada satu portal yang hina pemimpin kita, yang hina kerajaan kita, yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita.
“Pihak berwajib jangan bagi ini berlaku, cari sampai lubang cacing. Jangan biar perkara ini berlaku kerana hina pemimpin kita,” katanya.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Ogos berkata kerajaan dalam peringkat akhir penyediaan kertas kerja cadangan pendaftaran portal berita termasuk portal pro-pembangkang, sebelum dibentangkan kepada peguam negara.
Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tujuan pendaftaran itu bagi memastikan semua portal berita lebih bertanggungjawab terhadap setiap laporan yang dibuat selain memastikan koordinasi pembangunan media atas talian teratur. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.