`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 17, 2017

WAYANG APA INI, NAJIB, MAS ERMIEYATI?

Demi untuk menunjukkan beliau pun kononnya sama prihatin kepada denyut nadi rakyat, Najib Razak yang sedang berada di luar negara turut tumpang semangkuk meluahkan rasa tidak setuju dengan perlaksanaan sistem IMAMS yang sudah pun dibatalkan hanya sehari selepas dikuatkuasakan.
Menulis melalui laman twitternya, Najib berkata, “Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa Umrah. Pengumuman ianya dibatalkan adalah sangat tepat.”
Apa punya “kepala bapak” (pinjam ayat Najib juga) kita ada Perdana Menteri seperti ini?
Kenapa beliau tidak setuju hanya setelah ia dibatalkan kerana didapati mengundang kemarahan ramai?
Bukankah setiap sesuatu yang mahu dilaksanakan oleh mana-mana kementerian, ia terlebih dahulu akan dibentangkan kepada mesyuarat kabinet yang beliau sendiri sebagai Perdana Menteri mempengerusikannya?
Kenapa ketika dalam mesyuarat kabinet Najib tidak menyatakan pendirian tidak setujunya?
Mengapa hanya setelah rakyat tidak setuju, baru beliau juga tidak setuju?
Adakah beliau tidur setiap kali kali mesyuarat kabinet diadakan atau sistem IMAMS ini dilaksanakan hanya pandai-pandai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tanpa membawanya kepada pengetahuan dan perbincangan dalam jemaah menteri?
Wayang apa yang Najib mahu lakon dan pentaskan dalam isu IMAMS ini sebenarnya?
Dalam pada itu, kenyataan media oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Emieyati Samsudin berkait perkara yang sama turut mengundang eleman wayang dan lakonan juga, tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Najib.
Katanya dalam nada sebak, beliau sebenarnya tidak mengetahui syarikat yang mengendalikan IMAMS mempunyai ahli lembaga pengarah yang bukan beragama Islam sehinggalah ketika majlis pengumuman perlaksanaan sistem itu diadakan.
Ini lagi satu…apa jenis “bangang” (pinjam ayat Najib sekali lagi) jadi timbalan menteri jika perkara asas seperti pemegang saham dan ahli lembaga pengarah sesebuah syarikat yang mendapat kontrak dengan kementeriannya pun tidak diketahuinya!
Bukankah mana-mana syarikat yang mengemukakan kertas cadangan sesuatu projek kepada kerajaan perlu sama mengepilkan profil syarikat yang memperincikan mengenai pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan kedudukan kewangannya?
Lagi pula bukankah pihak kementerian juga perlu bermesyuarat dan berurusan banyak kali dengan syarikat yang menguruskan sistem IMAMS sebelum sesuatu projek dimuktamad dilaksanakan?
Dengan siapa kementerian bermesyuarat sebelum ini dan pernahkah kedudukan bukan Islam ditanyakan?
Oleh itu, di mana logiknya kata-kata beliau yang diiringi dengan tangisan airmata kononnya ada bukan Islam dalam syarikat pengendali IMAMS itu hanya diketahui selepas majlis pelancarannya saja?
Wayang dan lakonan apa ini, Mas Emiyanti?
Akhirnya, inikah rupa serta jenis kepimpinan dan kerajaan yang mahu kita kekalkan lagi dalam PRU 14 akan datang?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.