`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 19, 2018

Tony Pua dakwa MIC terima dana 1MDB

Ahli Parlimen Damansara itu meminta parti komponen BN yang mendapat dana 1MDB supaya memulangkan wang itu untuk mengurangkan hutang negara.
DEWAN RAKYAT
Tony Pua berkata, beliau tiada maklumat PAS tidak mendapat dana 1MDB.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mendakwa sebahagian dana 1MDB disalurkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan meminta mereka memulangkan wang itu untuk mengurangkan hutang negara.
“Jumlah wang 1MDB yang disalurkan kepada MIC sebanyak RM20.5 juta,” katanya ketika membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Pulangkan semua wang ini kepada kerajaan Malaysia. Tolonglah, parti-parti BN yang terima dana daripada 1MDB pulangkan pada kerajaan, biar hutang 1MDB dikurangkan.”
PAS turut meminta Pua (PH-Damansara) memberi penjelasan bagi membersihkan nama parti Islam itu daripada dakwaan menerima dana 1MDB.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) berkata, imej PAS terjejas teruk kerana fitnah itu, khasnya pada pilihan raya umum ke-14.
“PAS diserang dengan pelbagai tuduhan kononnya dapat dana daripada Umno RM90 juta dan kenyataan Damansara tadi senaraikan parti-parti lain, tapi tiada maklumat PAS (terima wang 1MDB).”
Ahmad Fadli Shaari (PAS-Pasir Mas) pula bertanya isu sama kepada Pua.
“Setujukah Damansara jika saya katakan PAS tak terima dana 1MDB berdasarkan data yang ada,” soalnya mencelah perbahasan Pua.
“Saya tiada maklumat, saya minta menteri jawab,” kata Pua yang meminta soalan itu ditujukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
PAS sebelum ini pernah menafikan penerimaan dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.