`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 11, 2018

THE PERIL OF PERLIS : WHO IS THIS INDIVIDU BERPENGARUH?

This is from Utusan Malaysia Online and Malaysiakini .







Laporan: Individu berpengaruh Perlis 'payung' Salafi Jihadi

6 Salafi  ditahan polis disokong individu berpengaruh di Perlis

Utusan M'sia lapor sebab itu mereka berani kembang dakyah 
rancang wujudkan pusat menyebarkan ideologi Salafi Jihadi di Asia Tenggara

lima Eropah, seorang Amerika terlibat kegiatan ekstremisme di negara asal 

Dua suspek Eropah terlibat ekstemis di negara asal
warga AS punyai . . .hubungan dengan ISIS di Syria

suspek Arab rancang bina sekolah agama bermodel Dar Al Hadith di Ya­man
memperoleh dana dari negara di benua asalnya lapor Utusan M'sia

24 Sept, 8 individu ditahan Polis dalam operasi di Perlis, KL dan Johor
Kesemua suspek punyai hubungan dengan pusat pengajian Islam di Perlis

Berkahwin wanita tempatan

beberapa kediaman, premis, madrasah sekitar Perlis jadi tempat pengajian 
fahaman radikal serta ekstrem fahaman Salafi 

Mereka kahwin wanita tempatan untuk tinggal di M'sia, mohon kerakyatan 

My comments :

This is for the information of Polis Bukit Aman and Dato Ayob Khan.

Setakat ini puak-puak Salafi ini masih belum mengganas secara tersusun dan terbuka.  Tetapi jika tidak dibanteras (maksudnya masuk dalam tahanan lah) tidak lama lagi mereka akan mula mengganas.  Percayalah. This will happen.

Mereka masih belum mengganas secara gila atas DUA sebab:

Nombor 1. 

Dalam negara keramat Malaysia ini, rakyat negara ini semuanya masih boleh makan tiga kali sehari.  

Bukan semua orang mempunyai kereta Mercedes atau makan briyani udang setiap hari tetapi semua rakyat negara (32 Juta manusia) serta 

3 JUTA warga Indonesia, 
2 JUTA warga Bangladesh, 
hampir 1 JUTA warga Nepal,
berpuluh ribu buruh Pakistan, 
beratus ribu pelarian Rohingya, 
beratus ribu orang Suluk Mindanao 
(hampir 40 juta orang semuanya)

semuanya dapat makan sekurangnya TIGA KALI sehari. 

Dan negara ini begitu bertuah dan begitu dilimpahi karunia Allah swt sehingga semua 40 JUTA penduduk dalam negara kita boleh makan LAUK DAGING atau TELUR UNTUK TIGA KALI sehari.  

(In Malaysia even the poorest can eat meat THREE TIMES a day). 

Pagi-pagi boleh makan nasi lemak dengan ikan, ayam, sambal ikan bilis, telur rebus. 
Makan tengah hari boleh makan nasi dengan ayam, ikan kembong, daging, telor dsbnya.  Makan malam pun sama.  

Hampir semua orang dalam negara kita mempunyai tempat untuk tidur malam, termasuk pelarian Rohingya. 

Jadi dalam negara kita tidak ada sebab bagi orang kita, terutama sekali bebudak Melayu, untuk merasa ekonomi mereka dipinggirkan atau peluang hidup mereka tertekan, tiada cukup makanan atau  tiada tempat tidur waktu malam sehingga mereka sanggup menjadi pengebom berani mati atau sanggup menyabung nyawa dengan cara bersenjata dan keganasan liar. 

Inside Malaysia the living conditions and the conditions of life are so good that there is not yet that  "catalyst" or "spark"  that will make our local Malay boys willing to become suicide bombers and other violent terrorists.  

There is no necessity for jihad - YET.  NOT YET. BUT IT CAN HAPPEN.

Maka itulah sebabnya  pengganas terrorist Melayu terpaksa "berhijrah" ke Mindanao, Maute,  Ambon, Bali, Syria, Iraq, Yemen, Afghanistan dan sebagainya untuk mengejar "jihad".   Sebab di Malaysia tidak ada keperluan dan tidak ada peluang untuk berjihad.  

Di Malaysia "ostad jihad"  semua sibuk kahwin bini muda, sibuk menghadiri jamuan makan, khusyuk menghadiri ceramah kutip duit, seronok pakai baju Melayu atau jubah baru yang berkilat-kilat dan bergaya membawa kereta mewah juga.  Inilah keadaan "jihad" mereka di Malaysia.

Jadi amat mustahil akan berlaku peristiwa pengebom berani mati akan muncul daripada kalangan "pejuang jihad"  Melayu di Malaysia.  

Ini juga menjadi sebab utama  kenapa agen-agen Salafi, Al Qaeda, ISIS dsbnya dari luar negara gagal untuk mencetuskan keganasan jihad syaitan mereka dalam negara kita.  

Because in Malaysia, there is nothing much to be angry about.    

Kenapa lah nak menjadi pengebom berani mati? 
Bini muda No 2  sedang menunggu dalam kamar.  
Di latih oleh Club of Obedient Wives.
Buat apa lah nak berjihad-jihad? 
Nak lawan dengan siapa? 
Calon bini No. 3 pun tak jauh.

Oleh itu puak-puak syaitan dari luar negara itu (terutama sekali puak puak Arab dan sekarang termasuk Eropah dan Pakistan) lebih suka mengambil kesempatan di Malaysia untuk mengumpul derma daripada kebanyakan orang Melayu yang tidak tahu apa benda pun berkenaan apa pun.  Atau untuk menubuhkan markas rahsia dan madrasah jihad mereka untuk dijadikan tempat latihan bagi rekrut antarabangsa mereka (seperti ENAM warga asing yang ditahan Polis di Perlis itu).  

Of course mereka juga mengambil kesempatan mengahwini wanita kampong yang mudah ditipu atau mudah dicuci otak mereka dengan khayalan padang pasir.

Nombor 2.   

Oleh itu ianya sangat sukar bagi agen-agen ganas Salafi, ISIS, Al Qaeda dsbnya  untuk mencetuskan  keganasan jihad secara besar-besaran dalam negara kita.  Orang Malaysia "not interested".

Maka mereka perlu mewujudkan keadaan yang boleh mencetuskan ketidakpuasan, kemarahan dan frustration yang akhir sekali boleh mencetuskan keganasan.   Apabila berlaku kekecohan, keganasan dan peperangan maka tercapailah cita-cita mereka.  

Lebih mudah bagi mereka mengutip derma jihad dari Australia, Afghanistan, Afrika sampailah ke Amerika Utara dan Selatan.  Ingat baik-baik "No money no religion". 

Percayalah ramai pejuang jihad Afghanistan TIDAK MAHU tentera Amerika tinggalkan negara mereka. Sebab tanpa peperangan, mereka tidak boleh mengutip derma jihad (atau mengimpot dan menjual senjata dari Pakistan) dan mereka akan menjadi muflis.  No money no religion. 

Balik kepada Malaysia, bagaimana kah mereka boleh mencetuskan kebencian, ketidakpuasan, kemarahan dsbnya dikalangan penduduk Islam yang akhir sekali (mereka mengharapkan) boleh mencetuskan keganasan dan kekecohan?

Jawapannya sangat mudah : Mereka perlu mewujudkan musuh yang baru dalam pemikiran otak  dan saikoloji masyarakat Melayu Islam.  Musuh yang  boleh merosakkan dan menghancurkan masyarakat Melayu islam.

THEY MUST CREATE NEW ENEMIES INSIDE THE MALAY MUSLIM PSYCHE.

Mereka akan mengambil kesempatan untuk kipaskan isu-isu remeh supaya menjadi besar. Sebarang isu yang melibatkan agama atau kedudukan orang Islam / Melayu akan menjadi  sasaran mereka. 

Sebarang isu yang mempunyai sedikit pun unsur agama boleh dimanipulasi menjadi isu menghina agama, menghina nabi, menghina orang Melayu, menghina ini dan itu. 

  1. Isu halal dan haram, 
  2. isu LGBT, 
  3. isu "kaum" liberal, 
  4. isu  loudspeaker masjid  mengganggu kawasan sekitar, 
  5. isu wanita Cina memakai skirt pendek di pejabat kerajaan, 
  6. isu pekerja 7-11 enggan jual arak, 
  7. isu Rohingya dibunuh, 
  8. isu Gaza, 
  9. isu mat skodeng tangkap khalwat, 
  10. isu pusat hiburan bukan Islam, 
  11. isu kahwin bebudak perempuan umur 11 tahun
  12. isu music concert melibatkan lelaki wanita bercampuran
  13. isu kuil Hindu, 
  14. isu gereja kristian 
  15. isu Hindraf bantah Zakir Naik
  16. isu Zakir Naik
  17. isu kumpulan Buddhist "tersilap" masuk bangunan surau


dan apa jenis isu pun yang remeh seperti ini - untuk mereka eksploitasikan dengan niat jahat untuk mengipas kemarahan orang Melayu Islam. 

THEY MUST CREATE NEW ENEMIES FOR THE MALAY MUSLIMS IN MALAYSIA

Inilah objective mereka.

Dengan harapan bahawa dalam setiap sepuluh ribu orang Melayu (contohnya) yang tidak puas hati atau marah itu, mereka hanya perlu rekrut seorang sahaja menjadi pengebom berani mati.

Jadi ostad salafi dan ostad teroris hanya menjadi sebahagian sahaja daripada ancaman  ganas dalam negara kita. 

Bahaya yang lebih besar ialah jika kita membenarkan suara-suara yang jahat dan tidak terkawal  mengipas (menjadi batu api) dan menghasut masyarakat Melayu tentang isu-isu remeh (yang tersenarai di atas).  

PLEASE REMEMBER THIS :  THEY MUST CREATE NEW ENEMIES FOR THE MALAY MUSLIMS IN MALAYSIA.

Ini bermaksud bahawa persediaan kita untuk memerangi pengganas terrorist agama atau pengganas jihad tidak bermula di Perlis atau berakhir dengan penangkapan Arab Salafi  bodoh yang jadi ahli ISIS.   

Jauh sekali. 

Cara yang jauh lebih mudah dan lebih berkesan untuk mencantas hasutan syaitan ini ialah dengan mengawal suara-suara sumbang yang selalu mengungkitkan isu-isu remeh dan membesarkan isu-isu remeh itu menjadi  bencana malapetaka besar yang bakal menghancurkan masyarakat Melayu Islam.

Mereka lah musuh yang sebenarnya dalam negara kita.  Mereka taburkan fitnah dan ketakutan dalam pemikiran masyarakat dengan harapan pokok berduri dan berbisa akan tumbuh untuk menyusahkan orang.  Maka bolehlah mereka menjadi jaguh untuk "mempertahankan umat". Dan mendapatkan sedikit untung daripada hasutan mereka.

Kepada kekawan di BUKIT AMAN: 

EVERY SINGLE THING I HAVE SAID ABOUT THE MUSLIMS FOR THE PAST 25 YEARS HAS COME TRUE. EVERYTHING.  

Jadi dengar lah baik-baik apa yang saya sebut di sini.

Wa akhirul kalam : 

Kita mesti preserve human life. 
Termasuk human life geng Salafi bodoh. 
They are also human beings. 

Nyawa manusia dan kehidupan manusia itu adalah perkara yang keramat dan suci. Human life is sanctified.  That is all that matters. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.