`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 14, 2018

ZAHID MD ARIP ENGGAN ULAS KES ISA SAMAD

ZAHID Md Arip enggan mengulas pertuduhan di mahkamah terhadap bekas pengerusi Felda, Isa Samad yang turut mengaitkan dirinya.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu berkata beliau tidak boleh berkata apa-apa kerana kes sudah dibawa ke mahkamah.
“Saya tidak boleh komen apa-apa kerana isu ini sudah di bawa ke mahkamah.
“Sejak dipanggil oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada Ogos tahun lepas, saya tidak tahu perkembangan apa-apa. Itu kali terakhir,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Pada Ogos 2017, Zahid yang merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu direman bagi membantu siasatan ke atas Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Isa, 69, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan pecah amanah dan 9 pertuduhan rasuah melibatkan pembelian Merdeka Hotel & Suites di Kuching, Sarawak.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah amanah dan Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi dakwaan rasuah, atas  kapasitinya sebagai pengarah FIC berhubung pembelian hotel itu pada harga RM160 juta tanpa kelulusan lembaga pengarah Felda.
Nama Zahid disebut dalam 9 daripada 10 pertuduhan tersebut.
Menurut kertas pertuduhan, Zahid dikatakan jadi orang tengah antara Isa dan Ikhwan Zaidel, pengarah Gagasan Abadi Properties Sdn Bhd, syarikat pemilik hotel berkenaan yang didakwa menyogok bekas pengerusi Felda itu.
Rasuah yang didakwa disogok antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015 itu bertujuan memudahkan urusan jual beli hotel berkenaan.
Beliau yang merupakan bekas aktivis Reformasi 1998 kemudiannya menyertai Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan bertanding di kerusi Parlimen Pekan, mencabar Najib Razak.
– https://www.themalaysianinsight.com/

1 comment:

  1. Zahid md arip ialah orang tengah dlm urusan rasuah ini, tapi yg kena bicara isa samad, zahid md arip lepas? Hairan bin ajaib! Inikah Malaysia baharu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.