`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 1, 2022

Muda bakal letak calon ‘keras dan melawan’ di Masjid Tanah

Muda dilaporkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah, menurut sumber dalaman parti.

PETALING JAYA: Muda dilaporkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah, Melaka, menurut sumber dalaman parti.

Sumber yang merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda, mengesahkan parti itu akan meletakkan calon di kerusi berkenaan hasil rundingan bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau tidak mendedahkan nama calon bakal diketengahkan parti itu di Masjid Tanah.

“Cukuplah untuk umum tahu bahawa calon ini seorang yang keras dan melawan,” katanya ketika dihubungi FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Parlimen Masjid Tanah disandang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsudin daripada Bersatu yang dimenanginya melalui tiket Barisan Nasional dengan majoriti 8,159 undi mengalahkan calon PH dan PAS.

FMT turut mendapatkan maklum balas daripada pemimpin DAP dan Amanah Melaka mengenai tanda tanya parti yang bakal mewakili PH di kerusi itu.

Seorang pemimpin DAP Melaka ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calon di Parlimen Masjid Tanah.

“Kita akan tumpukan perhatian sepenuhnya di Kota Melaka,” katanya.

Selain itu, seorang pemimpin Amanah Melaka turut menolak kemungkinan partinya bakal meletakkan calon di kerusi berkenaan.

“Parti (Amanah) sudah keluarkan senarai calon Parlimen semalam, jadi tiada sebarang perubahan di Melaka,” katanya.

Sebelum ini, wujud desas-desus bahawa DAP dan Amanah akan menukar kerusi Parlimen masing-masing di Melaka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.